January 14, 2012

ISMEP Zon Selatan Berjaya


Program ISMEP Zon Selatan 2012 telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2012. Program yang bertempat di Dewan Kuliah 1, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) itu telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pelajar di sekitar negeri Johor dan Melaka.

Program ini berjaya memberikan input yang bermanfaat berkenaan bidang pengajian Islam di timur tengah.

Bermula dari pukul 8 pagi, program ini diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, forum perkongsian pengalaman dan slot kuliah syariah Islamiah dan lughah.
Tuan Haji Mohd Tahir bin Hamdan selaku Yang Dipertua ISMA Johor telah menyampaikan ucapan perasmian program tersebut.
ISMEP Siri 1 kali ini menyediakan slot pengenalan bidang Lughah dan Syariah Islamiah. Slot Lughah telah disampaikan oleh Ustazah Mardhiyyah binti Zamani manakala slot Syariah Islamiah telah disampaikan oleh Ustazah Nurulhuda binti Baharin.

ISMEP kali ini juga telah memberikan input yang berguna kepada berikutan forum perkongsian pengalaman yang disampaikan oleh dua orang panel lepasan Mesir dan Jordan. Forum ini telah memberikan gambaran yang jelas kepada para peserta berkenaan perjalanan hidup dan pelajaran di Mesir dan Jordan.

Insya-Allah, ISMEP Siri 2 yang akan datang merupakan lanjutan kepada siri kali ini. Slot bidang Usuludin akan dibentangkan pada ISMEP Siri 2. Aktiviti-aktiviti yang lebih menarik juga akan diadakan pada siri akan datang.

Wassalam.

0 komen:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More