May 31, 2009

Anggaran perbelanjaan bulanan di mesir


Sewa rumah : le 150 (maksimum)

Duit yuran makan tetap (rmh) : le 100 (bergantung pada perbelanjaan)

Tambang tranco/bas/metro/teksi : le 150 (bergantung pada banyaknya musafir)

Brg2 keperluan harian/kredit/

Makan luar/kitab/dll : le 200 (bergantung pada penggunaan)



Jumlah anggaran perbelanjaan sebulan di mesir : le 600.

RM383.77 = USD 110.00 = LE 619.30

(Pertukaran sentiasa berubah mengikut rate semasa)

http://www.xe.com/ucc/convert.cgi

Ø Ini hanyalah anggaran kasar perbelanjaan bulanan. Penulis berada di mesir (kaherah) 2 tahun yg lepas. (2004-2007). Sebelum penulis kembali ke tanah air, begitulah anggaran kasar perbelanjaan di mesir.

Ø Penulis mengandaikan jika berlaku peningkatan dari kos pun, ianya tidak lah terlalu tinggi sehingga boleh memberi kesan yg besar. Contohnya tambang tranco naik 15 sen, tambang bas naik 25 sen. Harga roti semasa naik dsb. Memang pelajar akan terkesan, tapi bijak dalam berbelanja boleh mengurangkan kos sara hidup yg semakin tinggi di mana2 tempat pun di atas muka bumi.

Ø Semua anggaran yang di berikan merupakan kos maksimum yg penulis rasakan relevan dengan situasi sekarang di mesir.

Ø Jika ikhwh/wt duduk di muhafazah yg agak kampung spt tanta, maka kos sewa rumah boleh di kurangkan kepada separuh dari anggaran awal. Ini kerana harga sewa rumah tidak lah sama di semua tempat.

Ø Jika di kaherah penulis merasakan begini lah senarionya.

Ø Sekadar nasihat yang jika baik boleh sama-sama renungi:

1. Ikhwh/wt tidak perlu berbelanja terlalu banyak sebelum berlepas ke mesir, bawa keperluan/pakaian sekadarnya kerana semua barang tersebut boleh di perolihi di mesir dgn harga yg lebih murah dan kualiti yg boleh di katakan agak lebih baik di mesir.

2. Utamakan membeli barang2 yang betul2 PERLU SAHAJA untuk beberapa bulan terawal di mesir. Kerana akan sampai kepada fatrah ikhwh/wat perlukan perbelanjaan yang tinggi utk menghadapi musim sejuk, baju sejuk, lihaf, sarung tangan, baju yg berlapis2, mafla, dan segala macam jenis keperluan, barang2 ni boleh bertanya kepada orang2 lama mesir.

3. Kepada yang tidak mendapat mana2 bantuan/zakat, cuba sedaya upaya kurangkan berbelanja makan di luar, bukan tak boleh langsung, tapi kurangkan, ini kerana antum telah peruntukkan le 150 yuran makan di rumah, jika antum makan di luar, maka akan berlaku kerugian.

4. Sebelum berlepas, tukar semua wang anda kepada USD Dolar, JANGAN bawa duit Ringgit Malaysia kerana ia tak laku di bumi anbiya’. Juga jangan bawa terlalu banyak cash.

5. Pastikan ikhwh/wat telah mempunyai bank yang ada pkhidmatan ‘plus’ supaya boleh di akses di mesir nanti. Antara cadangan ialah Bank Simpanan Malaysia, HSBC, dan Maybank. Jika ada bank lain yg di katakan boleh di gunakan atm nya di luar Negara, pastikan ikhwh/wat siasat terlebih dahulu kesahihan boleh/tak guna pkhdmatan tersebut dengan bertanya pada cawangan bank tersebut terlebih dahulu.

6. Cuba elakkan keluar rumah dengan membawa wang yang banyak, simpan sahaja di rumah di tempat yang selamat, ini kerana, kes kecurian beg, seluk saku, tercicir, di tipu arab, samun dll agak berleluasa di kwsn2 yang padat penduduknya. Tak perlu salahkan arab bila kejadian begini berlaku, kerana ia berlaku di mana2 sahaja tempat di atas muka bumi yang di pijak manusia.

Sekian pengalaman dari penulis, segala anggaran perbelanjaan hanyalah merupakan anggaran kasar yang maksimum, penulis menasihatkan pelajar-pelajar ikhwh/wat bertanya dengan ramai lagi ustaz2 yang pengalaman lebih2 yang baru lagi pulang dari mesir, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.

Semoga antum di permudahkan Allah s.w.t dalam memenuhi tuntutan menuntut ilmu di bumi anbiya’

Salam perkongsian.

Ustaz Alauddin (Pengarah SKBA 2009)

May 25, 2009

Sebuah Kejayaan: SKBA 09

May 24, 2009

PROMO SKBA 2009

May 16, 2009

MAKLUMAT PROGRAM



Tarikh

22-24 MEI 2009

Hari

Jumaat – Ahad

Yuran

RM 50 Sahaja

Tempat Program

Uniti Village, Kolej Uniti, Tanjong Agas, Port Dickson.


Apa yang anda bakal nikmati dengan RM 50?
  • Penginapan yang selesa dan memuaskan.
  • Pengangkutan di sediakan dari stesen bas p.d ke tempat program.
  • Hidangan Makanan 4 kali sehari.
  • Penerangan tentang pengenalan subjek subjek di Al-Azhar.
  • Perkongsian pengalaman bersama ustaz-ustaz yang cemerlang dan berwibawa lepasan pelbagai negara, bidang dan pengkhususan.
  • Mendapat kenalan baru dari kawasan, sekolah dan latar belakang yang berbeza.
  • Kefahaman dan persediaan selain akademik, seperti cara hidup, menjaga jati diri muslim di luar negara.
  • Riadhah untuk ketenangan minda dan tautan ukhuwah.
  • Meleraikan persoalan mengenai perbezaan antara subjek dan memandu untuk membuat pemilihan bidang sebelum menjejakkan kaki di bumi Anbiya’

"Wahai orang yang beriman,bertaqwalah,dan lihatlah apa yang kamu sediakan untuk hari esok (masa depan)..." -alHasyr-



Bagaimana ke tempat program?


  • Menaiki kenderaan peribadi atau bersama keluarga terus ke tempat program. Boleh rujuk panduan jalan seperti yang di berikan.
  • Menaiki kenderaan awam : Jika anda menaiki bas express dan berhenti di Terminal Seremban – naik bas seterusnya menuju ke port dickson – anda akan di jemput di stesen bas Port Dickson dengan kenderaan penganjur.
  • Jika anda menaiki KTM: Berhenti di stesen Seremban – naik bas menuju stesen bas Port Dickson – anda akan di jemput oleh penganjur. Mudah?? semestinya....
Anda perlu berada di stesen bas port dickson pada pukul 3 – 5 petang, anda akan di jemput oleh ajk pengangkutan, sebarang kelewatan atas risiko sendiri.


Keperluan sepanjang program?

  • Pakaian yang mencukupi untuk tiga hari (smart kasual/biasa) 2) Pakaian sukan dan kasut sukan untuk aktiviti luar
  • Alat khidmat diri (Berus gigi, sabun dan sebagainya)
  • kelengkapan tidur spt selimut,bantal,sleeping bag dll. (jika mahu keselesaan lbh dan tak thn sejuk)
  • Alat tulis
  • Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)
  • Yuran penyertaan
  • Al quran kecil (jika ada)
Jika ada pertanyaan atau masalah boleh bertanye terus di ruanngan komen/soalan.

May 14, 2009

LATAR BELAKANG PROGRAM

Bismillahirrahmanirrahim...


Pembentukan insan yang cemerlang merupakan matlamat utama pendidikan. Insan yang cemerlang akan dapat memainkan peranan dan memberikan sumbangan yang terbaik walau di manapun dia berada. Kecemerlangan yang dicita-citakan adalah kecemerlangan yang menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.

Islam sebagai agama yang syumul menitik-beratkan aspek pembangunan insan untuk mewujudkan insan cemerlang, bagi memainkan peranan sebagai hamba Allah di muka bumi. Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah telah dengan jayanya membentuk satu generasi yang cemerlang, yang telah mengubah sejarah dunia, membuka dimensi baru dalam kehidupan umat manusia.

Era kegemilangan Islam yang bermula dengan pembentukan kelompok kecil di Mekah hinggalah kepada keluasan jajahan Islamiah yang menaungi hampir 2/3 dunia tidaklah dibina dengan usaha remeh temeh. Antara faktor terpenting yang menyumbang ke arah kejayaan itu adalah itu ialah kesepaduan ukhuwah yang terbentuk antara mereka.

Justeru itu, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Kolej Teknologi Islam (UNITI) amat meyakini akan pentingnya elemen ukhuwah ini dalam usaha mengembalikan kegemilangan tersebut. Memandangkan betapa pentingnya pelajar-pelajar lulusan Mesir masa kini pada masyarakat, maka perlunya dari awal lagi diadakan program-program yang sedikit sebanyak boleh membantu dan meningkatkan kualiti mereka di sana nanti.

Justeru itu kita cuba merealisasikan usaha ini dengan mengadakan satu program yang telah dirancang dan dinamakan SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ agar boleh menjadi titik tolak kecemerlangan mereka yang sejajar dengan peribadi dan syakhsiah diri yg tinggi.

TENTATIF PROGRAM

CADANGAN ATURCARA

SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ (SKBA)
TEMA: UKHUWAH DISEMAI, THIQAH DICAPAI
22 Mei 2009 (Jumaat)
4.30 petang : Ketibaan peserta
5.00 : Pendaftaran
6.30 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Tazkirah
8.30 malam : Solat Isyak
9.30 : Perasmian dan Taaruf
11.00 : Minum malam & Bersurai

23 Mei 2009 (Sabtu)
5.00 pagi : Qiamullail
6.00 : Solat Subuh & Motivasi Pagi
7.00 : Riadhah, Khidmat Diri dan Sarapan
9.00 : SLOT 1 – Pengenalan Bumi Kinanah (Mesir)
i. Kuliah Syariah – Ust Anuar Fakri Umar
ii. Kuliah Usuluddin – En. Ahmad Sanusi Azmi
iii. Kuliah Lughah A’rabiah – En. Dr. Azizi Ismail
iv. Kuliah Qiraat – Us Rizal bin Sabran
1030 : Minum Pagi
1100 : sambungan SLOT 1
1.00 t/hari : Makan tengah hari dan Solat Zohor
3.00 petang : SLOT 2 – Ijazah dan Risalah
En. Zaidi Mohamad Jalil
4.30 : Solat Asar
5.00 : SMART CIRCLE
6.30 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Tazkirah
8.30 malam : Solat Isyak
9.30 : SLOT 3 FORUM
Ust Ahmad Zainal Abidin
Dr Zainor Rasyid
Encik zafri
11.00 : Minum malam & Bersurai

24 Mei 2009 (Ahad)
5.00 pagi : Qiamullail
6.00 : Solat Subuh & Motivasi Pagi
7.00 : Riadhah, Khidmat Diri dan Sarapan
9.00 : SLOT 4 : SOAL JAWAB BERSAMA WAKIL ISMA DAN IBU BAPA
Us fauzi Asmuni
10.30 : Minum pagi
11.00 : Perasmian Penutup
1.00 t/hari : Bersurai

TENTATIF PROGRAM

Aturcara
SELANGKAH KE BUMI ANBIYA’ (SKBA)
TEMA: UKHUWAH DISEMAI, THIQAH DICAPAI

22 Mei 2009 (Jumaat)

4.30 ptg : Ketibaan peserta
5.00 : Pendaftaran
6.30 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Tazkirah
8.30 mlm : Solat Isyak
9.30 : Perasmian dan Taaruf
11.00 : Minum malam & Bersurai

23 Mei 2009 (Sabtu)

5.00 pg : Qiamullail
6.00 : Solat Subuh & Motivasi Pagi
7.00 : Riadhah, Khidmat Diri dan Sarapan
9.00 : SLOT 1 – Pengenalan Bumi Kinanah (Mesir)
Kuliah Syariah – Ust Anuar Fakri Umar
Kuliah Usuluddin – En. Ahmad Sanusi Azmi
Kuliah Lughah A’rabiah – En. Dr. Azizi Ismail
Kuliah Qiraat – Us Rizal bin Sabran
1030 : Minum Pagi
1100 : Sambungan SLOT 1
Taklimat Jordan
Taklimat Yaman
1.00 tgh : Makan tengah hari dan Solat Zohor
3.00 ptg : SLOT 2 – Ijazah dan Risalah - En. Zaidi Mohamad Jalil
4.30 : Solat Asar
5.00 : Smart Circle
6.30 : Khidmat Diri, Makan malam, Solat Maghrib & Tazkirah
8.30 mlm : Solat Isyak
9.30 : SLOT 3 - Forum
Panelis:
- Ust Ahmad Zainal Abidin
- Dr Zainor Rasyid
- Encik Norzafry Norhalim
11.00 : Minum malam & Bersurai

24 Mei 2009 (Ahad)

5.00 pg : Qiamullail
6.00 : Solat Subuh & Motivasi Pagi
7.00 : Riadhah, Khidmat Diri dan Sarapan
9.00 : SLOT 4 : Soal Jawab bersama Wakil ISMA dan Ibu Bapa -Us Fauzi Asmuni
10.30 : Minum pagi
11.00 : Perasmian Penutup
1.00 tgh: Bersurai

JEMPUTAN KHUSUS

Jemputan kepada yang berhajat melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan yaman…!!

Selangkah ke bumi anbiya’ 09, maju setapak kehadapan dgn menjemput kepada mana-mana pelajar yang ingin menlanjutkan pelajaran ke yaman dan Jordan utk sama-sama mengikuti program tahunan anjuran SEKTAR (sekeretariat Antarabangsa ISMA).

Penceramah yg berwibawa lepasan Universiti di negara-negara yang terbabit akan menceritakan tentang kehidupan dan cabaran yg akan di tempuh sepanjang berada di bumi tersebut.

Pelajar juga boleh mengambil kesempatan bertanyakan soalan2 secara berhadapan kepada penceramah yg hadir.

Jgn lepaskan peluang keemasan ini, peluang bertemu dgn ustaz-ustaz yg berwibawa yg mampu memberi gambaran tentang negara yang bakal menjadi tpt anda mengabdikan diri dgn ilmu.. bukan setiap hari mendapat peluang seperti ini.

Apa Tunggu Lagi...Daftar Segera !

May 12, 2009

PETA PROGRAM




View Larger Map


Sila klik untuk melihat lebih jelas


PENCERAMAH PROGRAM SKBA 2009

 En. Dr Azizi Ismail

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Universiti al-Azhar, Mesir

 

      En. Ahmad Sanusi Azmi

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Universiti al-Azhar, Mesir

 

      En. Zaidi Mohamad Jalil

     Guru MRSM Alor Gajah Melaka - Universiti al-Azhar, Mesir

 

      En. Sobri Awang

     Pensyarah Universiti Teknoloji Islam (UNITI) - Universiti al-Azhar, Mesir

 

   Ust. Azizee Hasan

     Guru SDAR – Universiti Jordan

 

  Ust Anuar Fakri Umar

      Pensyarah Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)-Universiti al-Azhar,Mesir

 

   Ust Fauzi Asmuni

      Naib Presiden ISMA- Universiti al-Azhar, Mesir

 

   Ust Ahmad Zainal Abidin

      Pensyarah Multimedia University (MMU) - Universiti al-Azhar, Mesir

 

  Dr Zainur Rashid

      Doktor Pakar Sakit Puan Hospital Tengku Ja’far – Universiti United Kingdom

OBJEKTIF PROGRAM

  • Merapatkan ukhuwah antara peserta.

  • Menerangkan sedikit sebanyak pengenalan mengenai kuliah di Mesir.

  • Menerangkan tanggungjawab sebagai seorang pelajar muslim kepada peserta.

  • Penerangan kepada peserta mengenai sejarah, masyarakat dan suasana hidup di Mesir.

  • Perkongsian pengalaman bersama graduan yang pernah belajar di Mesir mengenai cabaran pembelajaran di Mesir.

May 9, 2009

kenangan SKBA 2008

Sedikit kenangan di Selangkah Ke Bumi Anbiya (SKBA) 2008




















April 30, 2009

PENGUMUMAN

Anggaran perbelanjaan bulanan di mesir.

Sewa rumah : le 150 (maksimum)
Duit yuran makan tetap (rmh) : le 100 (bergantung pada perbelanjaan dpur harian)
Tambang tranco/bas/metro/teksi : le 150 (bergantung pada banyak nya musafir)
Brg2 keperluan harian/kredit/
Makan luar/kitab/dll : le 200 (bergantung pada penggunaan)


Jumlah anggaran perbelanjaan sebulan di mesir : le 600.

RM383.77 = USD 110.00 = LE 619.30
(Pertukaran sentiasa berubah mengikut rate semasa)

http://www.xe.com/ucc/convert.cgi
http://www.xe.com/ucc/convert.cgi


 Ini hanyalah anggaran kasar perbelanjaan bulanan. Penulis berada di mesir (kaherah) 2 tahun yg lepas. (2004-2007). Sebelum penulis kembali ke tanah air, begitulah anggaran kasar perbelanjaan di mesir.
 Penulis mengandaikan jika berlaku peningkatan dari kos pun, ianya tidak lah terlalu tinggi sehingga boleh memberi kesan yg besar. Contohnya tambang tranco naik 15 sen, tambang bas naik 25 sen. Harga roti semasa naik dsb. Memang pelajar akan terkesan, tapi bijak dalam berbelanja boleh mengurangkan kos sara hidup yg semakin tinggi di mana2 tempat pun di atas muka bumi.
 Semua anggaran yang di berikan merupakan kos maksimum yg penulis rasakan relevan dengan situasi sekarang di mesir.
 Jika ikhwh/wt duduk di muhafazah yg agak kampung spt tanta, maka kos sewa rumah boleh di kurangkan kepada separuh dari anggaran awal. Ini kerana harga sewa rumah tidak lah sama di semua tempat.
 Jika di kaherah penulis merasakan begini lah senarionya.

 Sekadar nasihat yang jika baik boleh sama2 di renungi:


1. Ikhwh/wt tidak perlu berbelanja terlalu banyak sebelum berlepas ke mesir, bawa keperluan/pakaian sekadarnya kerana semua barang tersebut boleh di perolihi di mesir dgn harga yg lebih murah dan kualiti yg boleh di katakan agak lebih baik di mesir.
2. Utamakan membeli barang2 yang betul2 PERLU SAHAJA untuk beberapa bulan terawal di mesir. Kerana akan sampai kepada fatrah ikhwh/wat perlukan perbelanjaan yang tinggi utk menghadapi musim sejuk, baju sejuk, lihaf, sarung tangan, baju yg berlapis2, mafla, dan segala macam jenis keperluan, barang2 ni boleh bertanya kepada orang2 lama mesir.
3. Kepada yang tidak mendapat mana2 bantuan/zakat, cuba sedaya upaya kurangkan berbelanja makan di luar, bukan tak boleh langsung, tapi kurangkan, ini kerana antum telah peruntukkan le 150 yuran makan di rumah, jika antum makan di luar, maka akan berlaku kerugian.
4. Sebelum berlepas, tukar semua wang anda kepada USD Dolar, JANGAN bawa duit Ringgit Malaysia kerana ia tak laku di bumi anbiya’. Juga jangan bawa terlalu banyak cash.
5. Pastikan ikhwh/wat telah mempunyai bank yang ada pkhidmatan ‘plus’ supaya boleh di akses di mesir nanti. Antara cadangan ialah Bank Simpanan Malaysia, HSBC, dan Maybank. Jika ada bank lain yg di katakan boleh di gunakan atm nya di luar Negara, pastikan ikhwh/wat siasat terlebih dahulu kesasihan boleh/x guna pkhdmatan tsbut dengan bertanya pada cawangan bank tersebut terlebih dahulu.
6. Cuba elakkan keluar rumah dengan membawa wang yang banyak, simpan sahaja di rumah di tempat yang selamat, ini kerana, kes kecurian beg, seluk saku, tercicir, di tipu arab, samun dll agak berleluasa di kwsn2 yang padat penduduknya. Tak perlu salahkan arab bila kejadian begini berlaku, kerana ia berlaku di mana2 sahaja tempat di atas muka bumi yang di pijak manusia.

Sekian pengalaman dari penulis, segala anggaran perbelanjaan hanyalah merupakan anggaran kasar yang maksimum, penulis menasihatkan pelajar-pelajar ikhwh/wat bertanya dengan ramai lagi ustaz2 yang pengalaman lebih2 yang baru lagi pulang dari mesir, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.

Semoga antum di permudahkan Allah s.w.t dalam memenuhi tuntutan menuntut ilmu di bumi anbiya’

Salam perkongsian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More