February 20, 2010

KELAS PRA AZHAR ZON TENGAH SIRI 2




20 Februari, Kuala Selangor - Sekali lagi dengan jayanya Seretariat Antarabangsa ISMA ( SEKTAR ISMA ) telah berjaya menganjurkan Kelas Pra Azhar untuk siri yang ke-2 ( KPA). Cuma berbezanya kali ini pesertanya dikhususkan untuk mereka yang berada di sekitar selangor, berbanding KPA siri-1 pesertanya datang dari seluruh pelusuk tanah air. Ini kerana Sekretariat Antarabangsa ISMA telah merancang untuk bukan hanya menganjurkan KPA di Selangor, bahkan ada juga KPA di utara dan selatan supaya memudahkan kehadiran peserta.

KPA siri 2 ini telah berjaya mengumpulkan 12 orang pelajar perempuan dan 13 orang pelajar lelaki yang menyimpan cita-cita untuk ke Mesir. Program dimulakan dengan pengenalan KPA dan ucapan alu-aluan daripada SEKTAR ISMA. Kemudian majlis dirancakkan dengan sesi ta'aruf antara peserta dengan menggunakan tutur kata bahasa Arab. Seterusnya, tibalah slot pengisian pertama, yang disampaikan oleh Ust Mutallib. Ust Mutallib mengupas dengan teliti tentang jurusan Syariah di Universiti Azhar, Mesir.

Program diteruskan dengan pengisian daripada Ust Ali berkenaan dengan jurusan Usuluddin. Jurusan Usuluddin telah diterangkan dengan baik oleh ust Ali dan beliau juga turut memberi peluang untuk peserta merasai suasana belajar kitab arab dengan menyuruh peserta untuk membaca kitab. Sesi kelas kemudiannya, berhenti untuk solat Zohor dan makan tengahari.

Program disambung dengan slot bersama SEKTAR ISMA dengan penerangan tentang Uni Azhar, Suasana di Mesir dan bahasa Ammi di sana. Mereka juga telah menerangkan berkenaan dengan Pakej yang disediakan oleh ISMA dalam menguruskan urusan pelajar ke Uni Azhar Mesir. Program berakhir pada pukul 5.15 petang dan para peserta menunaikan solat Asar serta minum petang sebelum beransur pulang.


SEKTAR ISMA berharap untuk siri akan datang dan kemuncaknya ( SKBA ), agar lebih ramai peserta dapat hadir dan bersungguh-sungguh membawa cita-cita keluarga, bangsa dan Negara. Mudah-mudahan para pemuda dan pemudi yang bersemangat untuk ke Mesir dapat mengambil segala mutiara yang ada di bumi anbiya dan kinanah ( himpunan segala ilmu ), dan kembali menghidupkan ummat di tanah air tercinta, Malaysia....

SEKERTARIAT ANTARABANGSA ISMA

*click di sini untuk melihat gambar2..
http://www.flickr.com/photos/48638964@N03/


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More