February 27, 2011

I'RAB hampir


Tentatif I'RAB siri 1 (13- 17 Mac 2011)
Sekolah datuk Abdul Razak, Seremban (SDAR)

13 Mac 2011 ( ahad )
6.00 ptg  – 9.30   mlm : Pendaftaran peserta
9.30 mlm – 10.30 mlm  : Majlis perasmian
                              Dirasmikan oleh wakil SEKTAR (ust Ahmad Alauddin Kamal)
10.00 mlm – 11.30 mlm : Taaruf dan sesi perkenalan
12.00 mlm :  Tidur


14 Mac 2011 ( Isnin )
6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg- 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : kelas
4.00 ptg- 9.00 mlm : bebas , khidmat diri, makan malam, solat dan tazkirah
9.00 mlm- 11.00 : ulangkaji dan pertanyaan
11.00 mlm – 12.00 mlm : Supper
12.00 mlm : tidur


15 Mac 2011 & 16 Mac 2011 ( selasa dan rabu)

6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg – 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : kelas
4.00 ptg- 9.00 mlm : bebas , khidmat diri, makan malam, solat dan tazkirah
9.00 mlm- 11.00 : ulangkaji dan pertanyaan
11.00 mlm – 12.00 mlm : supper
12.00 mlm : tidur


17 Mac 2011 ( Khamis )

4.30 pg – 6.30 pg : Qiam Jamaie***
6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg – 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : Kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : Rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : Kelas
4.00 ptg : Gotong royong dan pulang 

KAEDAH PEMBELAJARAN

KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (I’RAB)
 [Kaedah ‘Hud-Hud’]


(Ustaz Haji Mohd Rusdi bin Hj Alias)

Mampu membaca dan memahami kitab arab dalam tempoh 60 jam
Kaedah ‘Hud-Hud’

Latar belakang Kaedah ‘Hud-Hud’

v  Insaf melihat anak-anak Melayu yang belajar Bahasa Arab dari tingkatan satu hingga tingkatan lima tetapi tidak dapat memahami Bahasa Arab.
                    
v  Insaf melihat pelajar-pelajar yang ingin ke timur tengah tetapi tidak memiliki asas Bahasa Arab yang kuat.

v  Insaf melihat beribu-ribu pelajar Melayu di Al Azhar yang gagal di dalam peperiksaan meraka.

v  Insaf melihat pelajar-pelajar jurusan agama di universiti tempatan bahkan dari universiti timur tengah yang tidak mampu merujuk kitab Arab.

v  Saya mengimbas kembali bagaimana ketika di tahun satu Universiti Al Azhar,saya dibimbing oleh guru dan murabbi saya Ustaz Faisol Md Isa untuk mempraktikkan nahu dan sorof di dalam kitab ‘Sirah Nabawiyyah’ oleh Maulana Hasan Ali An Nadawy.

v  Kemudian saya berguru mempraktikkan nahu dan sorof dengan ustaz Sulaiman Ibrahim di dalam membaca tafsir Ibn Kathir.

v  Selepas itu saya dibawa bertemu dengan syeikh Ibrahim bin Utwah bin Iwadh untuk bertalaqqi Al Quran dan membaca kitab.
v  Kemudian saya sempat membaca sebahagian kitab-kitab Nailul Autor dan Nuzhatun Nozor dengan guru dan murabb i saya Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

v  Pengalaman bersama mereka ini merupakan aset penting untuk saya menguasai Bahasa Arab (dengan izin Allah).

v  Dengan pengalaman ini saya cuba mempraktikkannya kepada anak-anak murid saya.

v  Alhamdulillah, walaupun anak-anak murid saya bukan dari mereka yang berpendidikan Arab  atau syariah tetapi akhirnya mereka sudah mula mampu mempraktikkan ilmu nahu dan sorof dari (kitab yang berbaris) seperti buku cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Arab dan dari (kitab yang tidak berbaris) seperti kitab tafsir Al Wajiz karangan Syeikh Wahbah Az Zuhaili dan kitab Sirah Nabawiyyah karangan Syeikh Ali Hasan An Nadawiy.

v  Mereka sudah mampu memahami dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan baik.

v  Berdasarkan pengalaman saya dengan guru saya dan anak-anak murid, saya mencipta modul ‘Hud Hud’ ini untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan orang Melayu di dalam Bahasa Arab.

v  Insya Allah dengan mengikuti kursus dan menekuni modul ini anda akan mampu membaca dan memahami teks-teks Arab dengan betul.

v  Mudah mudahan dengan usaha yang kerdil ini akan membantu orang-orang Melayu untuk memahami Al Quran dan merujuk pengetahuan agama kepada sumbernya yang asli.

v  Allahumma Aamiin….


a)     Objektif kursus intensif Bahasa Arab kaedah Hud-Hud.

v  Boleh mempraktikkan ilmu nahu dan sorof dalam membaca teks arab.
v  Mahir merujuk kamus arab.
v  Dapat memahami dan menterjemahkan teks-teks dari buku Bahasa Arab yang berbaris sehingga buku-buku Bahasa Arab yang tidak berbaris,Insya Allah.
v  Memiliki asas untuk merujuk kitab-kitab Arab.
 
b)     Untuk siapa?

v  Sesiapa yang telah melalui KIBAR  (1) kaeadah ‘SIFIR’ atau sesiapa sahaja yang telah mempunyai asas Bahasa Arab.
v  Sesiapa yang ingin mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) tetapi belum mantap Bahasa Arabnya atau tiada asas Bahasa Arab.
v  Pelajar yang ingin belajar di Timur Tengah tetapi belum mempunyai asas yang kuat di dalam Bahasa Arab.
v  Pelajar yang ingin beguru di pondok-pondok, pesantren atau ingin bertalaqqi kitab dengan syeikh-syeikh di timur tengah atau tempat-tempat lain.
v  Pelajar ijazah sarjana atau sarjana muda yang tak berkemampuan merujuk kitab arab.





   C) Keistimewaan Kursus 
v  Diajar oleh Ustaz Rusdi sendiri dengan penjelasan yang mudah, Insya Allah.
v  Pemantapan dari modul (1) ‘SIFIR’.
v  Merujuk terus kepada kitab arab dengan memahami dan menterjemahkannya.
v  Menggunakan nota-nota ringkas yang telah dipermudahkan di dalam Bahasa Melayu.
v  Diperkuatkan dengan formula-formula yang memudahkan pemahaman.
v  Mempraktikkan nahu dan sorof dari kisah Hud Hud.
v  Menguji penguasaan dengan memahami teks-teks Arab dari kitab-kitab yang muktabar.

 D) Pendekatan kursus
  v  Pendekatan dua hala, menyeronokkan, bersoal jawab dan berhujah.
  v  Pengulangan pada tajuk-tajuk yang lambat difahami.
  v  25% teori dan 75% praktik dari kitab.
  v  Menggunakan 90% Bahasa Melayu dalam pelajaran dan istilah-istilah yang digunakan.
  v  Latih tubi untuk memantapkan penguasaan. 

    ALATAN YANG PERLU DIBAWA
     1. Alat tulis
     2. Buku nota
     3. Quran dan terjemahan
     4. Kamus Bahasa Arab




Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More