Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
February 2, 2012
April 6, 2011
Pakej Ke Mesir!

(tarikh harap diabaikan)
Salam satu ummah kepada anda semua. Moga kita masih tergolong dalam kalangan hambanya yang masih tegar memilih untuk kekal dalam keaslian iman dan islam dan tidak diganggu dengan kebejatan porak peranda dunia masa kini. InsyaAllah.
Dalam post kalini, pihak kami akan memperkenalkan kepada anda, satu pakej yang bagi saya sendiri(penulis) amat penting dan paling diingini serta dicari bagi pelajar yang ingin melanjutkan pendidikannya ke Mesir.
Oleh itu kami berharap anda memberi peluang kepada kami untuk menerangkan kepada anda tentang pakej ini, dengan membaca serta melihat maklumat pada pamplet MUMTAZ yang tersedia di atas. Sebarang soalan boleh dikemukakan terus ke shoutbox kami di sebelah.
Pakej "MUSAFIR MAHASISWA TEMPATAN KE MESIR" atau mesra dikenal sebagai PAKEJ MUMTAZ adalah satu pakej yang disediakan khusus kepada pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah khususnya ke Mesir. MUMTAZ diwujudkan kerana mengambil kira masalah-masalah yang timbul seperti kurangnya pendedahan pelajar Malaysia untuk ke Azhar, apa yang perlu disediakan dan kesinambungan di mesri nanti.
Ada beberapa sebab mengapa Pakej ini perlu diberi perhatian oleh anda:
1) Membantu pelajar ke timur tengah dengan kos yang rendah dan berpatutan
2) pakej yang disediakan tidak terhenti di KLIA sahaja, malah diteruskan hingga ke mesir seperti kelas bahasa dan sebagainya.
3) membantu pelajar yang tidak mendapat zakat untuk terbang bersama
4) Tercipta atas dasar perlu untuk membantu dan bukan keuntungan
Sehubungan dengan itu, MUMTAZ menyediakan kepada anda 3 pakej yang berlainan yang bersesuaian dengan kehendak dan priority anda.
Pakej A : Menguruskan urusan dokumen
Pakej B : Menguruskan dokumen + visa + penerbangan
Pakej C : Menguruskan Dokumen + visa + penerbangan + Proses di mesir
Kami tidak akan mendetailkan dalam post ini kerana akan merumitkan dan sudah tersedia jelas secara lengkap dalam pamplet diatas. unjuran daripada saya agar, anda print out pamplet tersebut dan fahami selok belok pakej ini. sebarang masalah boleh terus diajukan kepada nama dalam pamplet tersebut atau diluahkan dalam shoutbox kami disebelah.
InsyaAllah dalam program Selangkah ke Bumi Anbiya', kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang pakej ini. Teruskan update bersama kami dalam facebook Persatuan siswa stam dan langkah ke bumi anbiya'.
syukran. Membina generasi harapan.
April 5, 2011
Selangkah ke Bumi Anbiya' kembali!

Kesinambungan daripada SKBA tahun-tahun lepas, Sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR) sekali lagi menampilkan SKBA pada siri 2011 dengan bertemakan "Memudik Ilmu Menghilir Amal".
Kami akan membutirkan perkara yang perlu anda mengambil perhatian:
Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
Tarikh : 29 April - 1 Mei 2011
Yuran : RM65
Dalam program SKBA kalini, kami akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara penting yang sentiasa menjadi pertanyaan anda selama ini dan yang jarang didapati di tempat lain, seperti..
1) penerangan kuliah dan bidang
2) Penerangan persediaan sebelum berlepas ke mesir
3) Perkongsian pengalaman bersama graduan
Jadi pihak kami berharap sambutan yang mengalakkan daripada anda semua tidak kira dari mana anda berada. Mungkin inilah juga masanya dimana kita boleh berukhuwwah, bertukar pendapat mengenai bidang yang akan diceburi dan berbincang mengenai timur tengah.
bila atau di mana lagi kita boleh mengumpulkan bakal penuntut timur tengah sekali gus seperti program SKBA seperti ini?
lapangkan tarikh tersebut iaitu pada 29 Apri hingga 1Mei untuk kebaikan anda sendiri. Segala update akan kami umumkan daripada blog kami dari semasa ke semasa. jadi teruskan update anda bersama kami di blog ini dan follow jika perlu.
jangan lepaskan peluang. angka 120 bukan banyak!
Daftar segera!!!! hubungi..
Ust Rizal 019 3079306
Nawfal 013 6397321
Zahra' 013 3730853
April 3, 2011
borang zakat selangor sudah keluar!
Alhamdulillah. Yang dinanti sudah tiba dan ditunggu kini telah datang.
Tiada kata yang dapat diucap betapa syukurnya kerana borang zakat untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah seperti mesir, jordan dan morocco telah dikeluarkan oleh lembaga zakat selangor pada pagi isnin 4/4/2011.
Dan perkara penting yang perlu digariskan oleh para pemohon peluang permohonan ini hanya seminggu sahaja daripada tarikh akhir iaitu pada 11/4/2011. Jadi tindakan segera dan hebahan perlu dilakukan oleh para pemohon.
Dan difahamkan kepada kami bahawa borang perlu dihantar sendiri kepada lembaga zakat selangor seminggu daripada sekarang.
Moga tindakan segera perlu dilakukan daripada sekarang. moga Allah memberkati usaha kita dan dipermudahkan urusan kita untuk menjejak ke bumi anbiya' dan meluaskan ilmu kita agar dapat menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.
*sila klik pada link yang telah dikuningkan untuk memudahkan kerja borang dan alamat
January 1, 2011
ISMEP utara
ISMEP juga di utara. Bagi peserta dari utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) yang ingin menyertai ISMEP boleh sertai kami:
Tempat : Masjid Jamek Seberang Jaya Pulau Pinang
Tarikh : 22 Jan 2011Yuran : RM 15
Jangan lepaskan peluang anda melakukan persediaan ke timur tengah, bersama alumni mahsiswa timur tengah yang berjaya. perkongsian pengalaman, tips-tps berjaya dalam arena agama. dan berjumpa dengan sahabat baru yang sehaluan.
Daftar segera!!!
Ramadhan ~ 019-6114103
Tasnim ~ 019-4476925
December 30, 2010
Islamic Studies of Middle East Programs (ISMEP)
Anda ingin ke timur tengah? mesir? jordan? madinah? yaman?
Anda ingin buat persediaan tetapi tidak tahu bagaimana?
Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) merupakan sebuah program Pre-Departure yang dianjurkan oleh Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR ISMA) bertujuan untuk memberi ruang kepada para pelajar lepasan SPM dan STAM yang ingin menyambung pengajian mereka di timur tengah, agar bersedia dalam suasana pengajian mereka di sana.
Program ini adalah berbentuk kelas bersiri yang akan mengenengahkan aspek pengenalan silibus-silibus pengajian islam mengikut 3 bidang;
1.Syariah
2.Usuluddin
3.Lughah
Selain itu, Kami akan menawarkan kepada anda:
1.Tips-tips cemerlang dalam arena Agama
2.Nota-nota Persediaan.
3.Perkongsian Para Alumni yang Berjaya.
4.Persediaan Hidup di Timur Tengah
5.Kenalan-kenalan Baru yang sehaluan!
ISMEP siri 1 akan diadakan:
Tempat: Masjid Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam
Tarikh : 22 Jan 2011
Yuran : RM 15 sahaja
Jangan lepaskan peluang untuk anda melakukan persediaan.
Daftar sekarang!
Hubungi,
Ismail ~ 014-8765191
Zahra' ~ 013-3730853
April 21, 2010
Keputusan Dermasiswa Zakat Selangor
Kepada sesiapa yang memohon
Dermasiswa Zakat Selangor
Keputusan telah pun keluar!!
klik gambar
sila layari website rasmi LZS
untuk muat turun senarai nama,
sila 'right-click' iklan
dan 'save link as'
semoaga berjaya!!
April 5, 2010
Pamplete SKBA 2010
Kemuncak PraAzhar - SKBA Zon Selatan
April 3, 2010
April 2, 2010
March 27, 2010
April 30, 2009
PENGUMUMAN
Anggaran perbelanjaan bulanan di mesir.
Sewa rumah : le 150 (maksimum)
Duit yuran makan tetap (rmh) : le 100 (bergantung pada perbelanjaan dpur harian)
Tambang tranco/bas/metro/teksi : le 150 (bergantung pada banyak nya musafir)
Brg2 keperluan harian/kredit/
Makan luar/kitab/dll : le 200 (bergantung pada penggunaan)
Jumlah anggaran perbelanjaan sebulan di mesir : le 600.
RM383.77 = USD 110.00 = LE 619.30
(Pertukaran sentiasa berubah mengikut rate semasa)
http://www.xe.com/ucc/convert.cgi
http://www.xe.com/ucc/convert.cgi
Ini hanyalah anggaran kasar perbelanjaan bulanan. Penulis berada di mesir (kaherah) 2 tahun yg lepas. (2004-2007). Sebelum penulis kembali ke tanah air, begitulah anggaran kasar perbelanjaan di mesir.
Penulis mengandaikan jika berlaku peningkatan dari kos pun, ianya tidak lah terlalu tinggi sehingga boleh memberi kesan yg besar. Contohnya tambang tranco naik 15 sen, tambang bas naik 25 sen. Harga roti semasa naik dsb. Memang pelajar akan terkesan, tapi bijak dalam berbelanja boleh mengurangkan kos sara hidup yg semakin tinggi di mana2 tempat pun di atas muka bumi.
Semua anggaran yang di berikan merupakan kos maksimum yg penulis rasakan relevan dengan situasi sekarang di mesir.
Jika ikhwh/wt duduk di muhafazah yg agak kampung spt tanta, maka kos sewa rumah boleh di kurangkan kepada separuh dari anggaran awal. Ini kerana harga sewa rumah tidak lah sama di semua tempat.
Jika di kaherah penulis merasakan begini lah senarionya.
Sekadar nasihat yang jika baik boleh sama2 di renungi:
1. Ikhwh/wt tidak perlu berbelanja terlalu banyak sebelum berlepas ke mesir, bawa keperluan/pakaian sekadarnya kerana semua barang tersebut boleh di perolihi di mesir dgn harga yg lebih murah dan kualiti yg boleh di katakan agak lebih baik di mesir.
2. Utamakan membeli barang2 yang betul2 PERLU SAHAJA untuk beberapa bulan terawal di mesir. Kerana akan sampai kepada fatrah ikhwh/wat perlukan perbelanjaan yang tinggi utk menghadapi musim sejuk, baju sejuk, lihaf, sarung tangan, baju yg berlapis2, mafla, dan segala macam jenis keperluan, barang2 ni boleh bertanya kepada orang2 lama mesir.
3. Kepada yang tidak mendapat mana2 bantuan/zakat, cuba sedaya upaya kurangkan berbelanja makan di luar, bukan tak boleh langsung, tapi kurangkan, ini kerana antum telah peruntukkan le 150 yuran makan di rumah, jika antum makan di luar, maka akan berlaku kerugian.
4. Sebelum berlepas, tukar semua wang anda kepada USD Dolar, JANGAN bawa duit Ringgit Malaysia kerana ia tak laku di bumi anbiya’. Juga jangan bawa terlalu banyak cash.
5. Pastikan ikhwh/wat telah mempunyai bank yang ada pkhidmatan ‘plus’ supaya boleh di akses di mesir nanti. Antara cadangan ialah Bank Simpanan Malaysia, HSBC, dan Maybank. Jika ada bank lain yg di katakan boleh di gunakan atm nya di luar Negara, pastikan ikhwh/wat siasat terlebih dahulu kesasihan boleh/x guna pkhdmatan tsbut dengan bertanya pada cawangan bank tersebut terlebih dahulu.
6. Cuba elakkan keluar rumah dengan membawa wang yang banyak, simpan sahaja di rumah di tempat yang selamat, ini kerana, kes kecurian beg, seluk saku, tercicir, di tipu arab, samun dll agak berleluasa di kwsn2 yang padat penduduknya. Tak perlu salahkan arab bila kejadian begini berlaku, kerana ia berlaku di mana2 sahaja tempat di atas muka bumi yang di pijak manusia.
Sekian pengalaman dari penulis, segala anggaran perbelanjaan hanyalah merupakan anggaran kasar yang maksimum, penulis menasihatkan pelajar-pelajar ikhwh/wat bertanya dengan ramai lagi ustaz2 yang pengalaman lebih2 yang baru lagi pulang dari mesir, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.
Semoga antum di permudahkan Allah s.w.t dalam memenuhi tuntutan menuntut ilmu di bumi anbiya’
Salam perkongsian.

.jpg)