April 23, 2011

Maklumat KPT terkini.




Makluman tekini pelajar malaysia yang akan menyambung pelajaran ke Mesir
Imtihan qabul akan diadakan tidak lama lagi . Inmtihan tersebut perlu daftar dan bayaran yang dikenakan RM100. Sila ambil borang imtihan qabul dan isi. serah pada Jabatan Agama Islam Negeri masingg2. bg pd bhgn pddkn
Perkara yang diperlukan untuk bawa bersama ialah
1)borg imtihan qabul.
2)cabutan sijil lahir
3)salinan sijil stam.

link utk muat turun borang http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB DI UNIVERSITI AL-AZHAR 2011

  1. Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan pelajar dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2011/2012, pihak Universiti Al-Azhar telah mensyaratkan agar pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini perlulah menduduki peperiksaan kelayakan yang akan dijalankan pada bulan Julai 2011.
  2. Bagi tujuan penyelarasan, pelajar adalah dipohon untuk mendaftarkan diri mereka untuk menduduki peperiksaan kelayakan ke Jabatan/Majlis Agama mengikut negeri masing-masing. Pendaftaran hendaklah dibuat pada atau selewat-lewatnya 31 Mei 2011 (Khamis). Yuran perkhidmatan untuk peperiksaan adalah sebanyak RM100.00 sahaja.
  3. Peperiksaan kelayakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. HANYA pelajar yang LULUS peperiksaan ini sahaja yang akan ditawarkan tempat di Universiti Al-Azhar
  4. Pelajar Maahad Qiraat TIDAK PERLU menduduki peperiksaan ini dan boleh memuat turun borang permohonan di laman web Jabatan Pengajian Tinggi.
  5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan/Majlis Agama di negeri masing-masing
  6. Borang permohonan menduduki ujian kelayakan ke Universiti Al-Azhar.
    (Sila klik di sini)
  7. Borang permohonan dan pendaftaran pelajar ke Universiti Al-Azhar boleh dimuat turun di sini. (Sila klik di sini)


April 17, 2011

ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN BUKA!



Zakat wilayah persekutuan telah dibuka di laman web MAIWP . boleh download borang daripada web tersebut. Pihak kami doakan berjaya dalam permohonan tersebut dan sila sertakan borang yang telah dinyatakan dengan selengkapnya. tiada tolak ansur bagi yang tidak melengkapkan borang.

*walaupun dinyatakan syarat utama mendapat bantuan adalah 5 mumtaz dan 5 jayyid jiddan, cuba juga. apa salahnya!






April 13, 2011

Lokasi SKBA 2011

Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
Tarikh : 29 April - 1 Mei 2011
Yuran : RM65





klik utk saiz lebih besar

RM65 berbaloi.....


Apa yang anda bakal perolihi dengan yuran RM65?

1. penginapan selama 3 hari 2 malam dengan penuh kondusif insyaAllah.
2. makan dn minum selama 3 hari 2 malam sebanyak 6 kali makan sehari.
3. bahan bahan program.
4. nota2 penting untuk kegunaan panduan memilih course.
5. mendalami suasana mesir, jordan dan madinah sebelum menjejak di sana.
6. panduan asas untuk memilih corse yang akan di pilih di sana.
7. perkongsian pengalaman berharga dari asatizah alumnai Al-Azhar yang cemerlang dari ISMA.
8. fasilitator sporting yang juga terdiri dari para asatizah alumnai Al-Azhar yang masih segar dan baru menamatkan pelajaran di Mesir.
9. berjumpa sahabat2 baru yang bakal sehaluan kelak di bumi kinanah.
10. peluang bertanyakan perkara2 yang tidak terjawab tentang negara yang bakal anda jejaki.
11. ukhuwah yang luar biasa...
12. dan banyak lagi.

April 6, 2011

Pakej Ke Mesir!




(tarikh harap diabaikan)

Salam satu ummah kepada anda semua. Moga kita masih tergolong dalam kalangan hambanya yang masih tegar memilih untuk kekal dalam keaslian iman dan islam dan tidak diganggu dengan kebejatan porak peranda dunia masa kini. InsyaAllah.

Dalam post kalini, pihak kami akan memperkenalkan kepada anda, satu pakej yang bagi saya sendiri(penulis) amat penting dan paling diingini serta dicari bagi pelajar yang ingin melanjutkan pendidikannya ke Mesir.

Oleh itu kami berharap anda memberi peluang kepada kami untuk menerangkan kepada anda tentang pakej ini, dengan membaca serta melihat maklumat pada pamplet MUMTAZ yang tersedia di atas. Sebarang soalan boleh dikemukakan terus ke shoutbox kami di sebelah.

Pakej "MUSAFIR MAHASISWA TEMPATAN KE MESIR" atau mesra dikenal sebagai PAKEJ MUMTAZ adalah satu pakej yang disediakan khusus kepada pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah khususnya ke Mesir. MUMTAZ diwujudkan kerana mengambil kira masalah-masalah yang timbul seperti kurangnya pendedahan pelajar Malaysia untuk ke Azhar, apa yang perlu disediakan dan kesinambungan di mesri nanti.

Ada beberapa sebab mengapa Pakej ini perlu diberi perhatian oleh anda:

1) Membantu pelajar ke timur tengah dengan kos yang rendah dan berpatutan
2) pakej yang disediakan tidak terhenti di KLIA sahaja, malah diteruskan hingga ke mesir seperti kelas bahasa dan sebagainya.
3) membantu pelajar yang tidak mendapat zakat untuk terbang bersama
4) Tercipta atas dasar perlu untuk membantu dan bukan keuntungan
5) Berpengalaman lebih daripada 5 tahun.

Sehubungan dengan itu, MUMTAZ menyediakan kepada anda 3 pakej yang berlainan yang bersesuaian dengan kehendak dan priority anda.

Pakej A : Menguruskan urusan dokumen
Pakej B : Menguruskan dokumen + visa + penerbangan
Pakej C : Menguruskan Dokumen + visa + penerbangan + Proses di mesir

Kami tidak akan mendetailkan dalam post ini kerana akan merumitkan dan sudah tersedia jelas secara lengkap dalam pamplet diatas. unjuran daripada saya agar, anda print out pamplet tersebut dan fahami selok belok pakej ini. sebarang masalah boleh terus diajukan kepada nama dalam pamplet tersebut atau diluahkan dalam shoutbox kami disebelah.

InsyaAllah dalam program Selangkah ke Bumi Anbiya', kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang pakej ini. Teruskan update bersama kami dalam facebook Persatuan siswa stam dan langkah ke bumi anbiya'.

syukran. Membina generasi harapan.


April 5, 2011

Selangkah ke Bumi Anbiya' kembali!




Program Selangkah ke Bumi Anbiya'(SKBA) telah kembali lagi pada tahun 2011 ini!

Kesinambungan daripada SKBA tahun-tahun lepas, Sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR) sekali lagi menampilkan SKBA pada siri 2011 dengan bertemakan "Memudik Ilmu Menghilir Amal".

Kami akan membutirkan perkara yang perlu anda mengambil perhatian:

Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
Tarikh : 29 April - 1 Mei 2011
Yuran : RM65

Dalam program SKBA kalini, kami akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara penting yang sentiasa menjadi pertanyaan anda selama ini dan yang jarang didapati di tempat lain, seperti..

1) penerangan kuliah dan bidang
2) Penerangan persediaan sebelum berlepas ke mesir
3) Perkongsian pengalaman bersama graduan

Jadi pihak kami berharap sambutan yang mengalakkan daripada anda semua tidak kira dari mana anda berada. Mungkin inilah juga masanya dimana kita boleh berukhuwwah, bertukar pendapat mengenai bidang yang akan diceburi dan berbincang mengenai timur tengah.

bila atau di mana lagi kita boleh mengumpulkan bakal penuntut timur tengah sekali gus seperti program SKBA seperti ini?

lapangkan tarikh tersebut iaitu pada 29 Apri hingga 1Mei untuk kebaikan anda sendiri. Segala update akan kami umumkan daripada blog kami dari semasa ke semasa. jadi teruskan update anda bersama kami di blog ini dan follow jika perlu.

jangan lepaskan peluang. angka 120 bukan banyak!

Daftar segera!!!! hubungi..

Ust Rizal 019 3079306
Nawfal 013 6397321
Zahra' 013 3730853

April 3, 2011

borang zakat selangor sudah keluar!



Alhamdulillah. Yang dinanti sudah tiba dan ditunggu kini telah datang.

Tiada kata yang dapat diucap betapa syukurnya kerana borang zakat untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah seperti mesir, jordan dan morocco telah dikeluarkan oleh lembaga zakat selangor pada pagi isnin 4/4/2011.

Dan perkara penting yang perlu digariskan oleh para pemohon peluang permohonan ini hanya seminggu sahaja daripada tarikh akhir iaitu pada 11/4/2011. Jadi tindakan segera dan hebahan perlu dilakukan oleh para pemohon.

Dan difahamkan kepada kami bahawa borang perlu dihantar sendiri kepada lembaga zakat selangor seminggu daripada sekarang.

Moga tindakan segera perlu dilakukan daripada sekarang. moga Allah memberkati usaha kita dan dipermudahkan urusan kita untuk menjejak ke bumi anbiya' dan meluaskan ilmu kita agar dapat menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.

*sila klik pada link yang telah dikuningkan untuk memudahkan kerja borang dan alamat

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More