Kem Intensif Lughah Arab dan Kitab (I'RAB) adalah kelas 60 jam bahasa arab yang sepatutnya ambil masa yang lama. Kelas ini diuruskan oleh Ust Muhd Rusdi Alias, atas inisatif beliau untuk mengajar bakal mahasiswa timur tengah (mesir,jordan,syria,yaman,madinah, morocco) Dengan kerjasama AJK Langkah Ke Bumi Anbiya', I'RAB diadakan.
Objektif I'RAB supaya para mahasiswa boleh membaca kitab arab sebelum mereka ke negara-negara timur tengah dan boleh mengembangkan dari sini, bukan berhenti sekadarnya. Kemahiran untuk memahami kitab arab adalah aset utama untuk berjaya dalam pelajaran di timur tengah.
I'RAB akan dibahagi kepada 2 sesi. Kursus selama 10 hari, 60 jam ini akan dibahagi kepada 2 sesi bagi meringankan sedikit pembelajaran dan kos yang akan ditanggung. Kursus ini akan dilakukan sewaktu cuti sekolah untuk mempermudahkan peserta.
Sesi Pertama:
Tarikh: 13-16 mac 2011
Yuran: RM250
Tempat:Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR), Seremban, Negeri Sembilan
Sesi Kedua:
Tarikh: 3-8 jun 2011
Yuran: RM350
Tempat:Kem Bina Taqwa, Dengkil,Selangor
Terbuka kepada bakal mahasiswa timur tengah, khusus kepada bakal asatizah dan mempunyai asas bahasa arab. Tempat penginapan dan makanan akan disediakan. Tempat adalah terhad, sila daftar segera! Peserta akan dimaklumkan 10 hari sebelum kem bermula.
Module akan disediakan oleh ust Muhd Rusdi Alias. Keperluan yang perlu dibawa oleh peserta adalah:
1.AlQuran dan terjemahan
2.Buku catitan dan alat tulis
3.Kamus bahasa arab
Sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh hubungi:
Farouq ~ 018-3848712
Nawfal ~ 013-6397321
Zahra' ~ 013-3730853