April 6, 2011

Pakej Ke Mesir!




(tarikh harap diabaikan)

Salam satu ummah kepada anda semua. Moga kita masih tergolong dalam kalangan hambanya yang masih tegar memilih untuk kekal dalam keaslian iman dan islam dan tidak diganggu dengan kebejatan porak peranda dunia masa kini. InsyaAllah.

Dalam post kalini, pihak kami akan memperkenalkan kepada anda, satu pakej yang bagi saya sendiri(penulis) amat penting dan paling diingini serta dicari bagi pelajar yang ingin melanjutkan pendidikannya ke Mesir.

Oleh itu kami berharap anda memberi peluang kepada kami untuk menerangkan kepada anda tentang pakej ini, dengan membaca serta melihat maklumat pada pamplet MUMTAZ yang tersedia di atas. Sebarang soalan boleh dikemukakan terus ke shoutbox kami di sebelah.

Pakej "MUSAFIR MAHASISWA TEMPATAN KE MESIR" atau mesra dikenal sebagai PAKEJ MUMTAZ adalah satu pakej yang disediakan khusus kepada pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah khususnya ke Mesir. MUMTAZ diwujudkan kerana mengambil kira masalah-masalah yang timbul seperti kurangnya pendedahan pelajar Malaysia untuk ke Azhar, apa yang perlu disediakan dan kesinambungan di mesri nanti.

Ada beberapa sebab mengapa Pakej ini perlu diberi perhatian oleh anda:

1) Membantu pelajar ke timur tengah dengan kos yang rendah dan berpatutan
2) pakej yang disediakan tidak terhenti di KLIA sahaja, malah diteruskan hingga ke mesir seperti kelas bahasa dan sebagainya.
3) membantu pelajar yang tidak mendapat zakat untuk terbang bersama
4) Tercipta atas dasar perlu untuk membantu dan bukan keuntungan
5) Berpengalaman lebih daripada 5 tahun.

Sehubungan dengan itu, MUMTAZ menyediakan kepada anda 3 pakej yang berlainan yang bersesuaian dengan kehendak dan priority anda.

Pakej A : Menguruskan urusan dokumen
Pakej B : Menguruskan dokumen + visa + penerbangan
Pakej C : Menguruskan Dokumen + visa + penerbangan + Proses di mesir

Kami tidak akan mendetailkan dalam post ini kerana akan merumitkan dan sudah tersedia jelas secara lengkap dalam pamplet diatas. unjuran daripada saya agar, anda print out pamplet tersebut dan fahami selok belok pakej ini. sebarang masalah boleh terus diajukan kepada nama dalam pamplet tersebut atau diluahkan dalam shoutbox kami disebelah.

InsyaAllah dalam program Selangkah ke Bumi Anbiya', kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang pakej ini. Teruskan update bersama kami dalam facebook Persatuan siswa stam dan langkah ke bumi anbiya'.

syukran. Membina generasi harapan.


0 komen:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More