Showing posts with label Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Maklumat. Show all posts
February 2, 2012
April 23, 2011
Maklumat KPT terkini.

Makluman tekini pelajar malaysia yang akan menyambung pelajaran ke Mesir
Imtihan qabul akan diadakan tidak lama lagi . Inmtihan tersebut perlu daftar dan bayaran yang dikenakan RM100. Sila ambil borang imtihan qabul dan isi. serah pada Jabatan Agama Islam Negeri masingg2. bg pd bhgn pddkn
Imtihan qabul akan diadakan tidak lama lagi . Inmtihan tersebut perlu daftar dan bayaran yang dikenakan RM100. Sila ambil borang imtihan qabul dan isi. serah pada Jabatan Agama Islam Negeri masingg2. bg pd bhgn pddkn
Perkara yang diperlukan untuk bawa bersama ialah
1)borg imtihan qabul.
2)cabutan sijil lahir
3)salinan sijil stam.
link utk muat turun borang http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php.
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB DI UNIVERSITI AL-AZHAR 2011
- Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan pelajar dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2011/2012, pihak Universiti Al-Azhar telah mensyaratkan agar pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini perlulah menduduki peperiksaan kelayakan yang akan dijalankan pada bulan Julai 2011.
- Bagi tujuan penyelarasan, pelajar adalah dipohon untuk mendaftarkan diri mereka untuk menduduki peperiksaan kelayakan ke Jabatan/Majlis Agama mengikut negeri masing-masing. Pendaftaran hendaklah dibuat pada atau selewat-lewatnya 31 Mei 2011 (Khamis). Yuran perkhidmatan untuk peperiksaan adalah sebanyak RM100.00 sahaja.
- Peperiksaan kelayakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. HANYA pelajar yang LULUS peperiksaan ini sahaja yang akan ditawarkan tempat di Universiti Al-Azhar
- Pelajar Maahad Qiraat TIDAK PERLU menduduki peperiksaan ini dan boleh memuat turun borang permohonan di laman web Jabatan Pengajian Tinggi.
- Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan/Majlis Agama di negeri masing-masing
- Borang permohonan menduduki ujian kelayakan ke Universiti Al-Azhar.
(Sila klik di sini) - Borang permohonan dan pendaftaran pelajar ke Universiti Al-Azhar boleh dimuat turun di sini. (Sila klik di sini)
April 13, 2011
RM65 berbaloi.....

Apa yang anda bakal perolihi dengan yuran RM65?
1. penginapan selama 3 hari 2 malam dengan penuh kondusif insyaAllah.
2. makan dn minum selama 3 hari 2 malam sebanyak 6 kali makan sehari.
3. bahan bahan program.
4. nota2 penting untuk kegunaan panduan memilih course.
5. mendalami suasana mesir, jordan dan madinah sebelum menjejak di sana.
6. panduan asas untuk memilih corse yang akan di pilih di sana.
7. perkongsian pengalaman berharga dari asatizah alumnai Al-Azhar yang cemerlang dari ISMA.
8. fasilitator sporting yang juga terdiri dari para asatizah alumnai Al-Azhar yang masih segar dan baru menamatkan pelajaran di Mesir.
9. berjumpa sahabat2 baru yang bakal sehaluan kelak di bumi kinanah.
10. peluang bertanyakan perkara2 yang tidak terjawab tentang negara yang bakal anda jejaki.
11. ukhuwah yang luar biasa...
12. dan banyak lagi.
April 6, 2011
Pakej Ke Mesir!


(tarikh harap diabaikan)
Salam satu ummah kepada anda semua. Moga kita masih tergolong dalam kalangan hambanya yang masih tegar memilih untuk kekal dalam keaslian iman dan islam dan tidak diganggu dengan kebejatan porak peranda dunia masa kini. InsyaAllah.
Dalam post kalini, pihak kami akan memperkenalkan kepada anda, satu pakej yang bagi saya sendiri(penulis) amat penting dan paling diingini serta dicari bagi pelajar yang ingin melanjutkan pendidikannya ke Mesir.
Oleh itu kami berharap anda memberi peluang kepada kami untuk menerangkan kepada anda tentang pakej ini, dengan membaca serta melihat maklumat pada pamplet MUMTAZ yang tersedia di atas. Sebarang soalan boleh dikemukakan terus ke shoutbox kami di sebelah.
Pakej "MUSAFIR MAHASISWA TEMPATAN KE MESIR" atau mesra dikenal sebagai PAKEJ MUMTAZ adalah satu pakej yang disediakan khusus kepada pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah khususnya ke Mesir. MUMTAZ diwujudkan kerana mengambil kira masalah-masalah yang timbul seperti kurangnya pendedahan pelajar Malaysia untuk ke Azhar, apa yang perlu disediakan dan kesinambungan di mesri nanti.
Ada beberapa sebab mengapa Pakej ini perlu diberi perhatian oleh anda:
1) Membantu pelajar ke timur tengah dengan kos yang rendah dan berpatutan
2) pakej yang disediakan tidak terhenti di KLIA sahaja, malah diteruskan hingga ke mesir seperti kelas bahasa dan sebagainya.
3) membantu pelajar yang tidak mendapat zakat untuk terbang bersama
4) Tercipta atas dasar perlu untuk membantu dan bukan keuntungan
Sehubungan dengan itu, MUMTAZ menyediakan kepada anda 3 pakej yang berlainan yang bersesuaian dengan kehendak dan priority anda.
Pakej A : Menguruskan urusan dokumen
Pakej B : Menguruskan dokumen + visa + penerbangan
Pakej C : Menguruskan Dokumen + visa + penerbangan + Proses di mesir
Kami tidak akan mendetailkan dalam post ini kerana akan merumitkan dan sudah tersedia jelas secara lengkap dalam pamplet diatas. unjuran daripada saya agar, anda print out pamplet tersebut dan fahami selok belok pakej ini. sebarang masalah boleh terus diajukan kepada nama dalam pamplet tersebut atau diluahkan dalam shoutbox kami disebelah.
InsyaAllah dalam program Selangkah ke Bumi Anbiya', kami akan menerangkan kepada anda dengan lebih lanjut tentang pakej ini. Teruskan update bersama kami dalam facebook Persatuan siswa stam dan langkah ke bumi anbiya'.
syukran. Membina generasi harapan.
April 5, 2011
Selangkah ke Bumi Anbiya' kembali!

Kesinambungan daripada SKBA tahun-tahun lepas, Sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR) sekali lagi menampilkan SKBA pada siri 2011 dengan bertemakan "Memudik Ilmu Menghilir Amal".
Kami akan membutirkan perkara yang perlu anda mengambil perhatian:
Tempat: Kem Mega Kristal, Kuala Selangor
Tarikh : 29 April - 1 Mei 2011
Yuran : RM65
Dalam program SKBA kalini, kami akan menjelaskan kepada anda perkara-perkara penting yang sentiasa menjadi pertanyaan anda selama ini dan yang jarang didapati di tempat lain, seperti..
1) penerangan kuliah dan bidang
2) Penerangan persediaan sebelum berlepas ke mesir
3) Perkongsian pengalaman bersama graduan
Jadi pihak kami berharap sambutan yang mengalakkan daripada anda semua tidak kira dari mana anda berada. Mungkin inilah juga masanya dimana kita boleh berukhuwwah, bertukar pendapat mengenai bidang yang akan diceburi dan berbincang mengenai timur tengah.
bila atau di mana lagi kita boleh mengumpulkan bakal penuntut timur tengah sekali gus seperti program SKBA seperti ini?
lapangkan tarikh tersebut iaitu pada 29 Apri hingga 1Mei untuk kebaikan anda sendiri. Segala update akan kami umumkan daripada blog kami dari semasa ke semasa. jadi teruskan update anda bersama kami di blog ini dan follow jika perlu.
jangan lepaskan peluang. angka 120 bukan banyak!
Daftar segera!!!! hubungi..
Ust Rizal 019 3079306
Nawfal 013 6397321
Zahra' 013 3730853
April 3, 2011
borang zakat selangor sudah keluar!
Alhamdulillah. Yang dinanti sudah tiba dan ditunggu kini telah datang.
Tiada kata yang dapat diucap betapa syukurnya kerana borang zakat untuk mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah seperti mesir, jordan dan morocco telah dikeluarkan oleh lembaga zakat selangor pada pagi isnin 4/4/2011.
Dan perkara penting yang perlu digariskan oleh para pemohon peluang permohonan ini hanya seminggu sahaja daripada tarikh akhir iaitu pada 11/4/2011. Jadi tindakan segera dan hebahan perlu dilakukan oleh para pemohon.
Dan difahamkan kepada kami bahawa borang perlu dihantar sendiri kepada lembaga zakat selangor seminggu daripada sekarang.
Moga tindakan segera perlu dilakukan daripada sekarang. moga Allah memberkati usaha kita dan dipermudahkan urusan kita untuk menjejak ke bumi anbiya' dan meluaskan ilmu kita agar dapat menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.
*sila klik pada link yang telah dikuningkan untuk memudahkan kerja borang dan alamat
February 27, 2011
I'RAB hampir
Tentatif I'RAB siri 1 (13- 17 Mac 2011)
Sekolah datuk Abdul Razak, Seremban (SDAR)
13 Mac 2011 ( ahad )
6.00 ptg – 9.30 mlm : Pendaftaran peserta
9.30 mlm – 10.30 mlm : Majlis perasmian
Dirasmikan oleh wakil SEKTAR (ust Ahmad Alauddin Kamal)
10.00 mlm – 11.30 mlm : Taaruf dan sesi perkenalan
12.00 mlm : Tidur
14 Mac 2011 ( Isnin )
6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg- 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : kelas
4.00 ptg- 9.00 mlm : bebas , khidmat diri, makan malam, solat dan tazkirah
9.00 mlm- 11.00 : ulangkaji dan pertanyaan
11.00 mlm – 12.00 mlm : Supper
12.00 mlm : tidur
15 Mac 2011 & 16 Mac 2011 ( selasa dan rabu)
6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg – 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : kelas
4.00 ptg- 9.00 mlm : bebas , khidmat diri, makan malam, solat dan tazkirah
9.00 mlm- 11.00 : ulangkaji dan pertanyaan
11.00 mlm – 12.00 mlm : supper
12.00 mlm : tidur
17 Mac 2011 ( Khamis )
4.30 pg – 6.30 pg : Qiam Jamaie***
6.00 pg – 7.30 pg : khidmat diri, solat dan sarapan
8.00 pg – 10.00 pg : Kelas
10.00 pg – 10.30 pg : Rehat
10.30 pg – 12.30 tgh : Kelas
12.30 tgh- 2.00 ptg : Rehat, solat dan makan tengahari
2.00 ptg- 4.00 ptg : Kelas
4.00 ptg : Gotong royong dan pulang
KAEDAH PEMBELAJARAN
KURSUS INTENSIF BAHASA ARAB (I’RAB)
[Kaedah ‘Hud-Hud’]
(Ustaz Haji Mohd Rusdi bin Hj Alias)
Mampu membaca dan memahami kitab arab dalam tempoh 60 jam
Kaedah ‘Hud-Hud’
Latar belakang Kaedah ‘Hud-Hud’
v Insaf melihat anak-anak Melayu yang belajar Bahasa Arab dari tingkatan satu hingga tingkatan lima tetapi tidak dapat memahami Bahasa Arab.
v Insaf melihat pelajar-pelajar yang ingin ke timur tengah tetapi tidak memiliki asas Bahasa Arab yang kuat.
v Insaf melihat beribu-ribu pelajar Melayu di Al Azhar yang gagal di dalam peperiksaan meraka.
v Insaf melihat pelajar-pelajar jurusan agama di universiti tempatan bahkan dari universiti timur tengah yang tidak mampu merujuk kitab Arab.
v Saya mengimbas kembali bagaimana ketika di tahun satu Universiti Al Azhar,saya dibimbing oleh guru dan murabbi saya Ustaz Faisol Md Isa untuk mempraktikkan nahu dan sorof di dalam kitab ‘Sirah Nabawiyyah’ oleh Maulana Hasan Ali An Nadawy.
v Kemudian saya berguru mempraktikkan nahu dan sorof dengan ustaz Sulaiman Ibrahim di dalam membaca tafsir Ibn Kathir.
v Selepas itu saya dibawa bertemu dengan syeikh Ibrahim bin Utwah bin Iwadh untuk bertalaqqi Al Quran dan membaca kitab.
v Kemudian saya sempat membaca sebahagian kitab-kitab Nailul Autor dan Nuzhatun Nozor dengan guru dan murabb i saya Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
v Pengalaman bersama mereka ini merupakan aset penting untuk saya menguasai Bahasa Arab (dengan izin Allah).
v Dengan pengalaman ini saya cuba mempraktikkannya kepada anak-anak murid saya.
v Alhamdulillah, walaupun anak-anak murid saya bukan dari mereka yang berpendidikan Arab atau syariah tetapi akhirnya mereka sudah mula mampu mempraktikkan ilmu nahu dan sorof dari (kitab yang berbaris) seperti buku cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Arab dan dari (kitab yang tidak berbaris) seperti kitab tafsir Al Wajiz karangan Syeikh Wahbah Az Zuhaili dan kitab Sirah Nabawiyyah karangan Syeikh Ali Hasan An Nadawiy.
v Mereka sudah mampu memahami dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu dengan baik.
v Berdasarkan pengalaman saya dengan guru saya dan anak-anak murid, saya mencipta modul ‘Hud Hud’ ini untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan orang Melayu di dalam Bahasa Arab.
v Insya Allah dengan mengikuti kursus dan menekuni modul ini anda akan mampu membaca dan memahami teks-teks Arab dengan betul.
v Mudah mudahan dengan usaha yang kerdil ini akan membantu orang-orang Melayu untuk memahami Al Quran dan merujuk pengetahuan agama kepada sumbernya yang asli.
v Allahumma Aamiin….
a) Objektif kursus intensif Bahasa Arab kaedah Hud-Hud.
v Boleh mempraktikkan ilmu nahu dan sorof dalam membaca teks arab.
v Mahir merujuk kamus arab.
v Dapat memahami dan menterjemahkan teks-teks dari buku Bahasa Arab yang berbaris sehingga buku-buku Bahasa Arab yang tidak berbaris,Insya Allah.
v Memiliki asas untuk merujuk kitab-kitab Arab.
b) Untuk siapa?
v Sesiapa yang telah melalui KIBAR (1) kaeadah ‘SIFIR’ atau sesiapa sahaja yang telah mempunyai asas Bahasa Arab.
v Sesiapa yang ingin mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) tetapi belum mantap Bahasa Arabnya atau tiada asas Bahasa Arab.
v Pelajar yang ingin belajar di Timur Tengah tetapi belum mempunyai asas yang kuat di dalam Bahasa Arab.
v Pelajar yang ingin beguru di pondok-pondok, pesantren atau ingin bertalaqqi kitab dengan syeikh-syeikh di timur tengah atau tempat-tempat lain.
v Pelajar ijazah sarjana atau sarjana muda yang tak berkemampuan merujuk kitab arab.
C) Keistimewaan Kursus
v Diajar oleh Ustaz Rusdi sendiri dengan penjelasan yang mudah, Insya Allah.
v Pemantapan dari modul (1) ‘SIFIR’.
v Merujuk terus kepada kitab arab dengan memahami dan menterjemahkannya.
v Menggunakan nota-nota ringkas yang telah dipermudahkan di dalam Bahasa Melayu.
v Diperkuatkan dengan formula-formula yang memudahkan pemahaman.
v Mempraktikkan nahu dan sorof dari kisah Hud Hud.
v Menguji penguasaan dengan memahami teks-teks Arab dari kitab-kitab yang muktabar.
D) Pendekatan kursus
v Pendekatan dua hala, menyeronokkan, bersoal jawab dan berhujah.
v Pengulangan pada tajuk-tajuk yang lambat difahami.
v 25% teori dan 75% praktik dari kitab.
v Menggunakan 90% Bahasa Melayu dalam pelajaran dan istilah-istilah yang digunakan.
v Latih tubi untuk memantapkan penguasaan.
ALATAN YANG PERLU DIBAWA
1. Alat tulis
2. Buku nota
3. Quran dan terjemahan
4. Kamus Bahasa Arab
January 19, 2011
Tentatif ISMEP utara
TENTATIF ISMEP (UTARA)
8.00 pg – 8.30 pg : Pendaftaran
8.30 pg – 9.00 pg : Ucapan Perasmian
9.00 pg – 9.30 pg : Sesi perkenalan
9.30 pg – 10.00 pg : Minum pagi
10.00 pg – 11.30 pagi : Syariah
1) Ust Hamidi b Abu Hassan
11.45 pg -01.15 tghri : Usuluddin
2) Ust Muhammad Jauhar b Azmi
01.15 tghri – 2.30 ptg : Rehat, makan tengahari dan Solat
2.45 ptg -04.15 ptg : Sesi Perkongsian Pengalaman
3) Ust. Salman Abd Rahman
4) Ust Shahrul Ikhwan
04.15 ptg – 04.45 ptg : Taklimat akhir
5.00 ptg : Minum petang, Solat dan bersurai
January 16, 2011
Tentatif ISMEP zon tengah
TENTATIF ISMEP 2011
8.00 pg – 8.30 pg : Pendaftaran
8.30 pg – 9.00 pg : Ucapan Perasmian
9.00 pg – 9.30 pg : Sesi perkenalan
9.30 pg – 10.00 pg : Minum pagi
10.00 pg – 11.30 pagi : Syariah
1) Ust Syazwan ( Fekh Muqarin)
11.45 pg -01.15 tghri : Usuluddin
2) Ustzah Nazihah
01.15 tghri – 2.30 ptg : Rehat, makan tengahari dan Solat
2.45 ptg -04.15 ptg : Lughah Arabiah
3) Ust. Musab Norkifli
04.15 ptg – 04.45 ptg : Taklimat akhir
- Ust. Ala’uddin b Kamal
5.00 ptg : Minum petang, Solat dan bersurai.
January 10, 2011
Peta Tempat Program
ISMEP untuk zon tengah (KL, Selangor, Negeri Sembilan) akan diadakan di Masjid Al-Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam, Selangor.
Bagi ISMEP Utara pula akan diadakan di Masjid Jamek Seberang Jaya, Pilau Pinang, bersebelahan dengan lebuhraya utara-selatan.
Klick pada link peta untuk penjelasan, sebarang masalah berkenaan dengan tempat ISMEP hubungi :
ISMEP Tengah- Farouq 018-3848712
ISMEP Utara - Syazwan 013-9909355
Mai ramai-ramai, kita jumpa di ISMEP!!!
April 19, 2010
Maklumat Lanjut Pengangkutan?
Masalah 1: Tak tahu macam mana nak pergi?
Penyelesaian:
1) Kenderaan sendiri/ibubapa
2) Menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur
klik gambar
cara 1: Berkumpul di stesen KTM Shah Alam Sek. 19 di antara jam 3 - 4
petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan.
Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.
klik gambar
cara 2: Berkumpul di Stesen Bas Shah Alam Sek. 17 di antara jam 3 - 4
petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan.
Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.
Masalah 2: Ingin pergi sendiri tapi tak tahu di mana Kem Mega Kristal??
Penyelesaian: Ikut peta. klik disini
*kalau ada masalah yang tak dinyatakan sila 'shout' -tulis di buku tamu..-
*atau hubungi wakil kami: Ust Ala': 019 2887797











