
Kelebihan Al-Azhar ialah pada Bahasa Arabnya, ulamaknya, kedudukannya dalam negara Mesir dengan segala kelebihan yang ada pada tabiat negara dan masyarakatnya, lebih-lebih lagi dakwah Ikhwan Muslimin lahir dan bertapak teguh dalam jiwa pendokong-pendokongnya dan dihati masyarakat Mesir amnya, yang sukar didapati dinegara-negara lain, termasuk di Negara-negara Arab. Adapun subjek yang diajar, ia hampir sama dimana-mana universiti lain.Saban tahun, apabila datang tawaran tempat-tempat pengajian tinggi kepada anak-anak, saya sering menilai diantara harapan anak-anak dan sikap ayah ibu masing-masing terutama mereka yang saya kenali didalam Jalan...