May 29, 2012

Anda menghadapi masalah dalam menentukan hala tuju pembelajaran anda? Tidak tahu ke mana ingin sambung belajar? Ingin mengetahui kelebihan belajar di Jordan?  Ayuh, sertai program Road to Jordan yang akan berlangsung tidak lama lagi pada bulan Jun 2012 ini. Program ini merupakan satu program promosi Jordan yang pertama kali dianjurkan oleh  ISMA Jordan  dengan kerjasama SEKTAR, PEMBINA dan KRIM yang bakal diadakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Program yang dianjurkan ini mempunyai fokus yang khusus untuk memperkenalkan Jordan sekali gus memberi pencerahan tentang kelebihan meneruskan pengajian di Jordan....

May 6, 2012

SKBA 2012 berjaya tarik minat bakal penuntut Mesir dan Jordan

Selangkah Ke Bumi Anbiya’ merupakan satu program berbentuk Pre-Departure yang menjadi program tahunan sekatariat Antarabangsa ISMA. Ia telah berjaya diadakan pada tahun ini bertempat di Kem Nur Bukit Unggul bertarikh 27-29 April 2012. Program ini berobjektif untuk mengumpulkan seramai mungkin pelajar lepasan STAM dan SPM yang berhajat menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah, khususnya Mesir dan Jordan. Selanjutnya SKBA memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai negara yang bakal mereka pergi khususnya tentang kursus-kursus yang di tawarkan, kos sara hidup, maklumat-maklumat umum mengenai Mesir dan Jordan dan banyak lagi. Program...

April 24, 2012

Peta Ke Destinasi Program (Nur Bukit Unggul, Selangor)

...

April 22, 2012

Mengapa anda akan rugi jika tidak hadir dalam SKBA 2012?

1. penampilan julung2 kali wakil dari yayasan sofa membuat penerangan mengenai Imtihan Qabul dn yg berkaitan dengannya. 2. kehadiran alumni ustaz/ustazah lepasan Mesir pd hari kedua program untuk beramah mesra dan berkongsi pengalaman. 3. hadiah misteri istimewa hanya kepada yang berdaftar sebelum hari Rabu, 24 April, jam 3 ptg.. 4. input2 menarik tentang JORDAN, MESIR dan MADINAH. Dan banyak lagi... hubungi segera pendaftaran kami...Ahmad Nawal (013-2023750) Penyertaan hampir penuh!!! Cepat...

April 13, 2012

Profil Panel SKBA 2012

Panel 1 Panel 1: Ustaz Salman Al-Farisi Bin Selamat Nama:         Salman Al-Farisi bin Selamat Asal:            Petaling Jaya, Selangor T.Lahir:        15 Feb 1985 Akademik:                      SPM Sains/Sastera 2004 (8A)                     STAM 2005 10 Mumtaz (Anugerah Terbaik Negeri Perak)                     B.A Hons Syariah Islamiah, Al-Azhar, Mesir 2010 Pekerjaan:    Pegawai Penyelidik...

Detail Selangkah Ke Bumi Anbiya 2012

Salam semua pengunjung bumianbiya2u. Di sini admin akan sertakan beberapa detail berkenaan program pre-departure anjuran SEKTAR ISMA iaitu Selangkah Ke Bumi Anbiya 2012. 1. Tentatif SKBA 2012. Jumaat(27 hb) April 02.30    Berkumpul dan pendaftaran. 04.45    Solat Asar  berjemaah 05.30    Minum Petang / aktiviti bebas    07.20    Solat Maghrib / makan malam 08.45    Solat Isyak berjemaah 09.30    Pembukaan & Taklimat,      Introduction to SKBA 12 Sesi Ta’aruf 11. 00   Kembara Mimpi Sabtu(28...

April 6, 2012

Selangkah Ke Bumi Anbiya 2012 Kembali Lagi, Kini Di Nur Bukit Unggul!!!

Program Selangkah ke Bumi Anbiya ‘(SKBA) kembali lagi pada tahun 2012 ini! Kesinambungan daripada SKBA tahun-tahun lepas, Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR) sekali lagi membawakan SKBA pada tahun ini dengan bertemakan “Panduan Hukama’ Bekalan Para Ulama”. SKBA kali ini akan bertempat di Kem Nur Bukit Unggul, Sepang, Selangor pada 27 hingga 29 April 2012. Program selama 3 hari 2 malam nanti akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti slot perkongisan, riadhah, kuiz dan slot MUMTAZ. Yuran dikenakan sebanyak RM 70.00. Untuk pendaftaran & pertanyaan, boleh hubungi Ahmad Nawal (013-2023750) atau Husna (013-37308...

March 25, 2012

ISMEP 2012 Siri 3 berjaya!!!

GOPENG, 24 Mac 2012- Islamic Studies of Middle East Programme 2012 Siri Ketiga anjuran Sekretariat Antarabangsa  ISMA  telah diadakan dengan jayanya semalam. ISMEP 2012 Siri 3 kali ini diadakan di Sungai Jahang, Gopeng, Perak. ISMEP 202 Siri 3 kali ini hadir dengan tema sama seperti siri-siri yang lalu, iaitu ‘Panduan Hukama’ Bekalan Bakal Ulama’”. Walaupun begitu, pendekatan kali ini berbeza dengan siri lalu, yang lebih berbentuk aktiviti outdoor seperti mandi sungai, BBQ dan riadhah. Pendekatan ini berjaya menarik seramai 40 orang peserta, rata-rata yang datang pada kali ini adalah bekas peserta ISMEP 2012 siri-siri yang lalu....

February 12, 2012

ISMEP 2012 Zon Utara Siri 2 mencapai sasaran

IPOH, 11 Februari 2012- Sekretariat Antarabangsa ISMA sekali lagi telah berjaya menganjurkan Siri Kedua Islamic Studies of Middle East Programme ISMEP 2012 Zon Utara. Seminar ini telah diadakan di Dewan Kuliah Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Dengan mengekalkan tema yang sama iaitu “Panduan Hukama’ Bekalan Baka lUlama”, seminar ini berjaya menarik penyertaan peserta seramai 63 orang. Rata-rata peserta terdiri daripada pelajar Akademi Ikatan Muslimin (AIM), Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR), Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Azlan Shah, Bota dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian. Lain-lain peserta majoritinya menetap...

February 2, 2012

ISMEP SIRI ke 2

ISMEP SIRI Ke-2 akan berlangsung pada 11 Februari 2012. Jangan lepaskan peluang. Menuju martabat ulama'. Ummah memerlukan ki...

January 20, 2012

Antara Aliran Agama Dan Sains

Kelebihan Al-Azhar ialah pada Bahasa Arabnya, ulamaknya, kedudukannya dalam negara Mesir dengan segala kelebihan yang ada pada tabiat negara dan masyarakatnya, lebih-lebih lagi dakwah Ikhwan Muslimin lahir dan bertapak teguh dalam jiwa pendokong-pendokongnya dan dihati masyarakat Mesir amnya, yang sukar didapati dinegara-negara lain, termasuk di Negara-negara Arab. Adapun subjek yang diajar, ia hampir sama dimana-mana universiti lain.Saban tahun, apabila datang tawaran tempat-tempat pengajian tinggi kepada anak-anak, saya sering menilai diantara harapan anak-anak dan sikap ayah ibu masing-masing terutama mereka yang saya kenali didalam Jalan...

January 16, 2012

ISMEP 2012 Zon Utara Siri 1

IPOH, 14 Jan 2012- Ikatan Muslimin Malaysia ISMA dengan portfolio Sekretariat Antarabangsa SEKTAR telah menganjurkan sebuah seminar persediaan ke timur tengah iaitu ISMEP 2012 Zon Utara Siri 1(Islamic Studies of Middle East Programme). Seminar yang bertemakan "Panduan Hukama' Bekalan Bakal Ulama'" ini dilangsungkan di Akademi Ikatan Muslimin AIM kampus Ipoh, Perak Darul Ridzuan.ISMEP 2012 Zon Utara ini rata-rata dapat menarik sejumlah 53 orang peserta banin dan banat, majoriti peserta datang dari Perak. Seawal jam 07. 45 pagi, kelibat para peserta sudah tiba di meja pendaftaran. Seminar dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran oleh adik Miqdad...

January 14, 2012

ISMEP Zon Selatan Berjaya

Program ISMEP Zon Selatan 2012 telah berjaya diadakan pada 14 Januari 2012. Program yang bertempat di Dewan Kuliah 1, Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) itu telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai pelajar di sekitar negeri Johor dan Melaka.Program ini berjaya memberikan input yang bermanfaat berkenaan bidang pengajian Islam di timur tengah.Bermula dari pukul 8 pagi, program ini diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, forum perkongsian pengalaman dan slot kuliah syariah Islamiah dan lughah.Tuan Haji Mohd Tahir bin Hamdan selaku Yang Dipertua ISMA Johor telah menyampaikan ucapan perasmian program tersebut....

January 4, 2012

Antara Ijazah Dan Risalah

"Jadi pandai salah. Jadi tak pandai lagilah. Belajar tak belajar, sama je.." Mungkin frasa ayat inilah yang bermain di kotak fikiran Ariff Alfian dan Nur Amalina Che Bakri ketika ini. Mungkin hanya taburan fitnah semata, tetapi sudut pandang kita harus berbeza dalam isu ini. Bebas daripada fahaman kotor politik dan elemen duniawi yang lain. Setiap perkara perlu kepada matlamat. Dalam setiap aspek kehidupan, matlamat perlu jelas, supaya penghujungnya jernih sejernih embun pagi. Dalam menuntut ilmu, ijazahlah ynag menjadi tonggak kejaran majoriti penuntut. Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah menjadi ukuran darjah kemuliaan...

Pages 181234 »

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More