May 16, 2009

MAKLUMAT PROGRAM



Tarikh

22-24 MEI 2009

Hari

Jumaat – Ahad

Yuran

RM 50 Sahaja

Tempat Program

Uniti Village, Kolej Uniti, Tanjong Agas, Port Dickson.


Apa yang anda bakal nikmati dengan RM 50?
  • Penginapan yang selesa dan memuaskan.
  • Pengangkutan di sediakan dari stesen bas p.d ke tempat program.
  • Hidangan Makanan 4 kali sehari.
  • Penerangan tentang pengenalan subjek subjek di Al-Azhar.
  • Perkongsian pengalaman bersama ustaz-ustaz yang cemerlang dan berwibawa lepasan pelbagai negara, bidang dan pengkhususan.
  • Mendapat kenalan baru dari kawasan, sekolah dan latar belakang yang berbeza.
  • Kefahaman dan persediaan selain akademik, seperti cara hidup, menjaga jati diri muslim di luar negara.
  • Riadhah untuk ketenangan minda dan tautan ukhuwah.
  • Meleraikan persoalan mengenai perbezaan antara subjek dan memandu untuk membuat pemilihan bidang sebelum menjejakkan kaki di bumi Anbiya’

"Wahai orang yang beriman,bertaqwalah,dan lihatlah apa yang kamu sediakan untuk hari esok (masa depan)..." -alHasyr-



Bagaimana ke tempat program?


  • Menaiki kenderaan peribadi atau bersama keluarga terus ke tempat program. Boleh rujuk panduan jalan seperti yang di berikan.
  • Menaiki kenderaan awam : Jika anda menaiki bas express dan berhenti di Terminal Seremban – naik bas seterusnya menuju ke port dickson – anda akan di jemput di stesen bas Port Dickson dengan kenderaan penganjur.
  • Jika anda menaiki KTM: Berhenti di stesen Seremban – naik bas menuju stesen bas Port Dickson – anda akan di jemput oleh penganjur. Mudah?? semestinya....
Anda perlu berada di stesen bas port dickson pada pukul 3 – 5 petang, anda akan di jemput oleh ajk pengangkutan, sebarang kelewatan atas risiko sendiri.


Keperluan sepanjang program?

  • Pakaian yang mencukupi untuk tiga hari (smart kasual/biasa) 2) Pakaian sukan dan kasut sukan untuk aktiviti luar
  • Alat khidmat diri (Berus gigi, sabun dan sebagainya)
  • kelengkapan tidur spt selimut,bantal,sleeping bag dll. (jika mahu keselesaan lbh dan tak thn sejuk)
  • Alat tulis
  • Ubat-ubatan peribadi (jika perlu)
  • Yuran penyertaan
  • Al quran kecil (jika ada)
Jika ada pertanyaan atau masalah boleh bertanye terus di ruanngan komen/soalan.

0 komen:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More