May 31, 2009

Anggaran perbelanjaan bulanan di mesir


Sewa rumah : le 150 (maksimum)

Duit yuran makan tetap (rmh) : le 100 (bergantung pada perbelanjaan)

Tambang tranco/bas/metro/teksi : le 150 (bergantung pada banyaknya musafir)

Brg2 keperluan harian/kredit/

Makan luar/kitab/dll : le 200 (bergantung pada penggunaan)



Jumlah anggaran perbelanjaan sebulan di mesir : le 600.

RM383.77 = USD 110.00 = LE 619.30

(Pertukaran sentiasa berubah mengikut rate semasa)

http://www.xe.com/ucc/convert.cgi

Ø Ini hanyalah anggaran kasar perbelanjaan bulanan. Penulis berada di mesir (kaherah) 2 tahun yg lepas. (2004-2007). Sebelum penulis kembali ke tanah air, begitulah anggaran kasar perbelanjaan di mesir.

Ø Penulis mengandaikan jika berlaku peningkatan dari kos pun, ianya tidak lah terlalu tinggi sehingga boleh memberi kesan yg besar. Contohnya tambang tranco naik 15 sen, tambang bas naik 25 sen. Harga roti semasa naik dsb. Memang pelajar akan terkesan, tapi bijak dalam berbelanja boleh mengurangkan kos sara hidup yg semakin tinggi di mana2 tempat pun di atas muka bumi.

Ø Semua anggaran yang di berikan merupakan kos maksimum yg penulis rasakan relevan dengan situasi sekarang di mesir.

Ø Jika ikhwh/wt duduk di muhafazah yg agak kampung spt tanta, maka kos sewa rumah boleh di kurangkan kepada separuh dari anggaran awal. Ini kerana harga sewa rumah tidak lah sama di semua tempat.

Ø Jika di kaherah penulis merasakan begini lah senarionya.

Ø Sekadar nasihat yang jika baik boleh sama-sama renungi:

1. Ikhwh/wt tidak perlu berbelanja terlalu banyak sebelum berlepas ke mesir, bawa keperluan/pakaian sekadarnya kerana semua barang tersebut boleh di perolihi di mesir dgn harga yg lebih murah dan kualiti yg boleh di katakan agak lebih baik di mesir.

2. Utamakan membeli barang2 yang betul2 PERLU SAHAJA untuk beberapa bulan terawal di mesir. Kerana akan sampai kepada fatrah ikhwh/wat perlukan perbelanjaan yang tinggi utk menghadapi musim sejuk, baju sejuk, lihaf, sarung tangan, baju yg berlapis2, mafla, dan segala macam jenis keperluan, barang2 ni boleh bertanya kepada orang2 lama mesir.

3. Kepada yang tidak mendapat mana2 bantuan/zakat, cuba sedaya upaya kurangkan berbelanja makan di luar, bukan tak boleh langsung, tapi kurangkan, ini kerana antum telah peruntukkan le 150 yuran makan di rumah, jika antum makan di luar, maka akan berlaku kerugian.

4. Sebelum berlepas, tukar semua wang anda kepada USD Dolar, JANGAN bawa duit Ringgit Malaysia kerana ia tak laku di bumi anbiya’. Juga jangan bawa terlalu banyak cash.

5. Pastikan ikhwh/wat telah mempunyai bank yang ada pkhidmatan ‘plus’ supaya boleh di akses di mesir nanti. Antara cadangan ialah Bank Simpanan Malaysia, HSBC, dan Maybank. Jika ada bank lain yg di katakan boleh di gunakan atm nya di luar Negara, pastikan ikhwh/wat siasat terlebih dahulu kesahihan boleh/tak guna pkhdmatan tersebut dengan bertanya pada cawangan bank tersebut terlebih dahulu.

6. Cuba elakkan keluar rumah dengan membawa wang yang banyak, simpan sahaja di rumah di tempat yang selamat, ini kerana, kes kecurian beg, seluk saku, tercicir, di tipu arab, samun dll agak berleluasa di kwsn2 yang padat penduduknya. Tak perlu salahkan arab bila kejadian begini berlaku, kerana ia berlaku di mana2 sahaja tempat di atas muka bumi yang di pijak manusia.

Sekian pengalaman dari penulis, segala anggaran perbelanjaan hanyalah merupakan anggaran kasar yang maksimum, penulis menasihatkan pelajar-pelajar ikhwh/wat bertanya dengan ramai lagi ustaz2 yang pengalaman lebih2 yang baru lagi pulang dari mesir, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.

Semoga antum di permudahkan Allah s.w.t dalam memenuhi tuntutan menuntut ilmu di bumi anbiya’

Salam perkongsian.

Ustaz Alauddin (Pengarah SKBA 2009)

0 komen:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More