April 21, 2010

Keputusan Dermasiswa Zakat Selangor


Kepada sesiapa yang memohon

Dermasiswa Zakat Selangor

Keputusan telah pun keluar!!

klik gambar


sila layari website rasmi LZS



untuk muat turun senarai nama,
sila 'right-click' iklan
dan 'save link as'

semoaga berjaya!!



April 19, 2010

Maklumat Lanjut Pengangkutan?



Masalah 1: Tak tahu macam mana nak pergi?

Penyelesaian:

1) Kenderaan sendiri/ibubapa

2) Menaiki kenderaan yang disediakan pihak penganjur

klik gambar

cara 1: Berkumpul di stesen KTM Shah Alam Sek. 19 di antara jam 3 - 4

petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan.

Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.

klik gambar

cara 2: Berkumpul di Stesen Bas Shah Alam Sek. 17 di antara jam 3 - 4

petang. Peserta akan dibawa menaiki kenderaan yang disediakan.

Sebarang kelewatan di atas risiko sendiri.




Masalah 2: Ingin pergi sendiri tapi tak tahu di mana Kem Mega Kristal??

Penyelesaian: Ikut peta. klik disini

*kalau ada masalah yang tak dinyatakan sila 'shout' -tulis di buku tamu..-

*atau hubungi wakil kami: Ust Ala': 019 2887797



Cawangan Universiti Al-Azhar

klik gambar
untuk saiz lebih jelas

Peta Lokasi Program



klik utk saiz lebih besar

April 13, 2010

Laporan Kelas Pra Azhar Zon Utara 2010


Alhamdulillah, pada hari Sabtu 27 Mac 2010 yang lalu, ikhwah zon utara telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Kelas Pra Azhar Zon Utara 2010 (KPAU) di Masjid Sultan Azlan Shah. Kelas ini telah berjaya mengumpul seramai sepuluh orang peserta lelaki dan tujuh orang peserta perempuan yang datang dari negeri-negeri di zon utara.

Kelas ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 8 pagi dan dirasmikan oleh YDP ISMA Perak, Ustaz Mohd Razmi B. Che Musa. Beliau telah menyatakan harapannya bagi melihat anak bangsa Melayu ini agar berusaha mendalami ilmu agama bagi mencurahkan segala yang dipelajari pada generasi akan datang.

Seterusnya, program taaruf dijalankan diantara peserta. Program taaruf bagi peserta lelaki telah dikendalikan oleh Ustaz Salman Abdul Rahman dan bagi peserta perempuan oleh Ustazah Balqis. Program taaruf ini diwajibkan untuk berbahasa arab agar peserta dapat merasai suasana di Mesir dan bagaimana cara bergaul dengan penduduk di tanah Arab. Peserta seterusnya dihidangkan dengan minum pagi di kantin Masjid.

class="MsoNormal">


Pada jam 10 pagi, program diteruskan lagi dengan pembentangan daripada Ustaz Salman Abdul Rahman tentang Tarikh Tasyri’ Al-Islami bagi Kuliah Syariah Islamiah. Beliau telah menerangkan tentang sejarah awal tentang perkembangan syariat dan bagaimana kedudukan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber asas dalam syariat, seterusnya menerangkan tentang kemampuan syariat dalam menongkah arus global.


ust. ali dengan penyampaian kuliah usuluddin

Program diteruskan lagi dengan pembentagan kuliah Usuluddin oleh Ustaz Muhammad Ali Suparman. Beliau memulakan pembentangan dengan subjek ulum Quran dan beliau meminta setiap seorang daripada peserta untuk membaca kitab yang telah diberikan. Beliau seterusya menerangkan tentang subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar tahun satu di universiti Al-Azhar. Akhir sekali beliau menutup pembentangan dengan memberi semangat kepada peserta dengan menceritakan kisah-kisahnya semasa di Mesir diselitkan dengan paparan gambar beliau semasa menuntut di Universiti Al-Azhar.

Selepas pembentangan ke dua, peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Program diteruskan pada jam 2 petang. Pembentangan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Najib B. Sadli, Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin berkaitan dengan kuliah Lughah. Peserta diberikan penjelasan tentang ilmu Ma’ajim. Ilmu yang amat penting dalam subjek-subjek Lughah. Ramai yang membuka mata selepas mendengar penjelasan daripada Ustaz Najib yang menerangkan bahawasanya ilmu ini amat penting dalam membaca dan memahami segala kitab Arab.



ust. Najib bersemangat memberi penerangan

Slot seterusnya adalah slot terakhir di dalam KPA utara ini iaitu perkongsian pengalaman bersama alumni Al-Azhar. Di dalam slot ini di bahagikan kepada dua penceramah, pertama Ustazah Balqis dan kedua Ustaz Shaharuzzaman. Ustazah Balqis telah berkongsi pengalamannya semasa beliau menuntut di sana. Beliau menceritakan tentang keadaan serta suasana di Azhar, bagaimana cara mencari teman belajar, suasana ketika mengambil peperiksaan Azhar, keadaan menaiki bas di Mesir dan macam-macam lagi. Pendek kata, pengalamannya menempuhi suka duka di bumi anbiya’.

Seterusnya perkongsian daripada Ustaz Shaharuzzaman, tokoh pendidik dan murabbi di bumi Perak. Semestinya para peserta tidak mahu melepaskan peluang mengutip mutiara daripada perkongsiaannya. Beliau menceritakan tentang keadaan di bumi Mesir dan bagaimana caranya kita mengutip segala mutiara ilmu dan dakwah ketika berada di sana. Sebelum beliau menutup perkongsiaannya, beliau menaruh harapan tinggi agar pelajar-pelajar yang pulang dari bumi anbiya’ meneruskan risalah dakwah yang telah diwariskan turun temurun oleh pendidik terulung Nabi Muhammad S.AW agar bumi ini kembali sinar dengan cahaya Islam.




Akhir sekali, program ini disudahi dengan sesi bergambar dan majlis bersurai pada pukul 5.30 petang setelah selesai solat dan minum petang.

(tekan di sini untuk gambar lain)


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More