April 13, 2010

Laporan Kelas Pra Azhar Zon Utara 2010


Alhamdulillah, pada hari Sabtu 27 Mac 2010 yang lalu, ikhwah zon utara telah berjaya melaksanakan satu program iaitu Kelas Pra Azhar Zon Utara 2010 (KPAU) di Masjid Sultan Azlan Shah. Kelas ini telah berjaya mengumpul seramai sepuluh orang peserta lelaki dan tujuh orang peserta perempuan yang datang dari negeri-negeri di zon utara.

Kelas ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 8 pagi dan dirasmikan oleh YDP ISMA Perak, Ustaz Mohd Razmi B. Che Musa. Beliau telah menyatakan harapannya bagi melihat anak bangsa Melayu ini agar berusaha mendalami ilmu agama bagi mencurahkan segala yang dipelajari pada generasi akan datang.

Seterusnya, program taaruf dijalankan diantara peserta. Program taaruf bagi peserta lelaki telah dikendalikan oleh Ustaz Salman Abdul Rahman dan bagi peserta perempuan oleh Ustazah Balqis. Program taaruf ini diwajibkan untuk berbahasa arab agar peserta dapat merasai suasana di Mesir dan bagaimana cara bergaul dengan penduduk di tanah Arab. Peserta seterusnya dihidangkan dengan minum pagi di kantin Masjid.

class="MsoNormal">


Pada jam 10 pagi, program diteruskan lagi dengan pembentangan daripada Ustaz Salman Abdul Rahman tentang Tarikh Tasyri’ Al-Islami bagi Kuliah Syariah Islamiah. Beliau telah menerangkan tentang sejarah awal tentang perkembangan syariat dan bagaimana kedudukan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber asas dalam syariat, seterusnya menerangkan tentang kemampuan syariat dalam menongkah arus global.


ust. ali dengan penyampaian kuliah usuluddin

Program diteruskan lagi dengan pembentagan kuliah Usuluddin oleh Ustaz Muhammad Ali Suparman. Beliau memulakan pembentangan dengan subjek ulum Quran dan beliau meminta setiap seorang daripada peserta untuk membaca kitab yang telah diberikan. Beliau seterusya menerangkan tentang subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar tahun satu di universiti Al-Azhar. Akhir sekali beliau menutup pembentangan dengan memberi semangat kepada peserta dengan menceritakan kisah-kisahnya semasa di Mesir diselitkan dengan paparan gambar beliau semasa menuntut di Universiti Al-Azhar.

Selepas pembentangan ke dua, peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Program diteruskan pada jam 2 petang. Pembentangan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Najib B. Sadli, Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin berkaitan dengan kuliah Lughah. Peserta diberikan penjelasan tentang ilmu Ma’ajim. Ilmu yang amat penting dalam subjek-subjek Lughah. Ramai yang membuka mata selepas mendengar penjelasan daripada Ustaz Najib yang menerangkan bahawasanya ilmu ini amat penting dalam membaca dan memahami segala kitab Arab.



ust. Najib bersemangat memberi penerangan

Slot seterusnya adalah slot terakhir di dalam KPA utara ini iaitu perkongsian pengalaman bersama alumni Al-Azhar. Di dalam slot ini di bahagikan kepada dua penceramah, pertama Ustazah Balqis dan kedua Ustaz Shaharuzzaman. Ustazah Balqis telah berkongsi pengalamannya semasa beliau menuntut di sana. Beliau menceritakan tentang keadaan serta suasana di Azhar, bagaimana cara mencari teman belajar, suasana ketika mengambil peperiksaan Azhar, keadaan menaiki bas di Mesir dan macam-macam lagi. Pendek kata, pengalamannya menempuhi suka duka di bumi anbiya’.

Seterusnya perkongsian daripada Ustaz Shaharuzzaman, tokoh pendidik dan murabbi di bumi Perak. Semestinya para peserta tidak mahu melepaskan peluang mengutip mutiara daripada perkongsiaannya. Beliau menceritakan tentang keadaan di bumi Mesir dan bagaimana caranya kita mengutip segala mutiara ilmu dan dakwah ketika berada di sana. Sebelum beliau menutup perkongsiaannya, beliau menaruh harapan tinggi agar pelajar-pelajar yang pulang dari bumi anbiya’ meneruskan risalah dakwah yang telah diwariskan turun temurun oleh pendidik terulung Nabi Muhammad S.AW agar bumi ini kembali sinar dengan cahaya Islam.




Akhir sekali, program ini disudahi dengan sesi bergambar dan majlis bersurai pada pukul 5.30 petang setelah selesai solat dan minum petang.

(tekan di sini untuk gambar lain)

0 komen:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More