January 24, 2011

Sekitar ISMEP

Islamic Studies of Middle East(ISMEP) telah berlansung dengan jayanya pada 22 Januari 2011 bertempat di Masjid Ubudiah Sekyen 19, ShahAlam. Program anjuran Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR) itu berjaya menarik 54 orang peserta lelaki dan perempuan yang berada di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Sesi pendaftaran telah dibuka seawal jam 8.00, namun mula mendapat kehadiran yang memberansangkan sekitar jam 9.00.

Program bersiri ini dimulai dengan hadirin diperdengarkan dengan bacaan Alqur’an oleh saudara Ira amirul. Tidak lain, majlis selama sehari itu diharap dapat mengambil berkat daripada bacaan Alqur’an dan dikurnia kelancaran sepanjang majlis berlansung Sejurus selepas itu, ustaz Ala’uddin selaku wakil dari SEKTAR, menyampaikan ucapan beliau sebagai tanda perasmian majlis.

Inisiatif menarik daripada penganjur untuk melakukan sesi perkenalan selepas ucapan perasmian sebagai satu langkah untuk merapatkan hubungan antara peserta. Hubungan erat antara peserta di harapkan dapat berkekalan dengan baik selepas program berakhir.

Sesi pertama dimulai oleh Ustaz Khairul Syazwan bin Yahya sekitar jam 10.30 pagi. Ustaz yang didatangkan khas daripada Kolej Cybernetics itu menerangkan satu daripada subjek syariah iaitu Fiqh Al-Muqarrin(fiqh perbandingan). Persembahan menarik mengenai fiqh, berjaya membuka mata peserta mengenai susah dan senang bidang syariah

Selesai sesi pertama, peserta terus dihidangkan dengan sesi kedua daripada Ustazah Nazihah Abdul Rahman mengenai usuluddin. Topik yang dipilih adalan ‘khitobah’(ucapan) iaitu satu topik menarik di awal pembelajaran usluddin. Ustazah yang penuh senyuman dari alexanderia, mesir ini tidak kurang hebatnya berbanding ceramah sebelum ini. Berjaya mempromosikan usuluddin kepada para peserta.

Usainya sesi kedua tadi menandakan habisnya sesi pagi dan peserta dipersila untuk rehat, solat dan makan tengahari. Makanan sederhana ayam kicap dan sayur goreng memberi nafas baharu kepada para peseta.

Pada sesi petang, Ustaz Rizal Sabran( pengerusi KRIM Shah Alam) selaku pembentang terakhir memberikan perkongsian beliau tentang cara beliau untuk menguasai bahasa arab sebelum dan sewaktu di timur tengah beliau.

Turut serta dalam perkongsian tersebut, Ustazah Nazihah(pembentang kedua) sekali lagi tampil memberikan sedikit sebanyak pengalaman beliau menguasai bahasa arab. Dengan situasi berlatarkan mesir, kedua-dua penceramah hadir dengan perkongsian menarik yang praktikal serta sesuai dengan para peserta.




Bagi mengakhiri majlis, ustaz Ala’ memberikan taklimat akhir kepada peserta menerangkan tentang ISMEP2, perjalanan biasiswa, dan lain-lain hal yang berkaitan tentang timur tengah. Majlis sehari di dewan masjid ubudiah itu diakhir dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr.
Sebelum pulang, peserta sempat mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama. Moga ISMEP berharap dapat memberi penjelasan kepada yang ingin ke timur tengah dan semoga berjumpa lagi di ISMEP2 nanti. 

0 komen:

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More