Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) telah diadakan di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang serentak dengan ISMEP di Shah Alam, Selangor pada 22 Januari 2011. Program anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR) ini telah berjaya mengumpulkan 40 orang pelajar lepasan SPM dan STAM dari Perak, Pulau Pinang, Kedah.
Peserta program telah berkumpul seawal pukul 8 pagi, lebih awal dari urusetia. Pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi. Semua peserta, lelaki dan perempuan telah tiba dari negeri masing-masing dengan kereta, motor dan pengangkutan yang disediakan oleh urusetia.
Majlis telah bermula dengan pembukaan majlis dan sesi perkenalan yang dikendalikan oleh saudara Naim Rais. Sesi perkenalan diasingkan lelaki dan perempuan. Peserta memperkenalkan nama, umur, cita-cita, dan halatuju tempat sambung belajar yang diimpikan. Para peserta menunjukkan semangat pemuda dalam diri.
Selepas sesi perkenalan, ustaz Salman Abdul Rahman, pegawai eksekutif Aman Palestin telah mengambil alih majlis sebagai pengerusi majlis program. Majlis telah dirasmikan oleh ustaz Jauhar, wakil Sekretariat Antarabangsa ISMA dengan pengharapan peserta dapat manfaat dari program. Ustaz Salman telah memberi sedikit motivasi sementara menunggu penceramah tiba.
Majlis telah berehat sebentar untuk sarapan dan minum pagi. Diharap dapat member kesegaran danpeserta dapat meneruskan program selama satu hari ini dengan jaya.
Kelas bersiri ini telah bermula dengan penerangan ustaz Hamidi NYDP ISMA Kepala Batas tentang subjek tarikh tasyri’, salah satu subjek dari kursus syariah. Pembentangan yang memaparkan cebisan dari kitab arab, memberi gambaran pembelajaran kursus syariah. Ustaz juga telah menceritakan bagaimana perbezaan ulama dahulu dan sekarang dalam bab perbezaan pendapat.
Pembentangan disambung oleh ustaz Jauhar yang menumpu kepada penerangan berkenaan kursus usuluddin. Ustaz telah menceritakan secara umum subjek-subjek kursus usuluddin. Ustaz juga telah memberi gambaran bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Peserta telah mendapat sedikit gambaran kasar pembelajaran kursus usuluddin yang merangkumi akidah, falsafah, tasfir, hadis.
Majlis berhenti berehat untuk memberi peluang kepada peserta makan tengah hari, solat untuk mengembalikan tenaga semula.
Selepas solat zohor dan makan tengah hari, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian pengalaman dari asatizah, ustaz Salman, ustaz Sharul Ikhwan, kuliah syariah Al-Azhar. Ustaz Shahrul dengan lawak yang selamba sambil menceritakan pengalaman manis dan pahit beliau di mesir telah menceriakan majlis. Perkongsian yang selamba itu telah menarik hati peserta.
Perkongsian juga telah ditambah dengan jemputan yang mengejut, ustazah Sit Nur Balqis, pengurus Aman Palestin Perak selaku pengiring rombongan dari Perak, beliau berkongsi sedikit pengalaman sebagai bekas pelajar perempuan dalam kursus usuluddin di Al-Azhar. Beliau menceritakan pengalaman dari seorang yang tiada asas bahasa arab tapi tetap bertekad untuk belajar di Al-Azhar.
Majlis perkongsian diakhiri dengan sesi soal jawab dari peserta. Peserta menanyakan tentang biasiswa, tanggungan kehidupan dan lain-lain. Para asatizah menerangkan beberapa cara untuk mendapat biasiswa.
Selesai tutup majlis, sesi fotografi sesame peserta telah dibuat sebagai kenangan. Rakaman video juga telah dibuat dengan slogan “ISMEP Membina Generasi Mujtahid”
0 komen:
Post a Comment