January 29, 2011

Sekitar ISMEP Utara

Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) telah diadakan di Masjid Seberang Jaya, Pulau Pinang serentak dengan ISMEP di Shah Alam, Selangor pada 22 Januari 2011. Program anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR) ini telah berjaya mengumpulkan 40 orang pelajar lepasan SPM dan STAM dari Perak, Pulau Pinang, Kedah.

Peserta program telah berkumpul seawal pukul 8 pagi, lebih awal dari urusetia. Pendaftaran dibuka pada jam 9 pagi. Semua peserta, lelaki dan perempuan telah tiba dari negeri masing-masing dengan kereta, motor dan pengangkutan yang disediakan oleh urusetia.

Majlis telah bermula dengan pembukaan majlis dan sesi perkenalan yang dikendalikan oleh saudara Naim Rais. Sesi perkenalan diasingkan lelaki dan perempuan. Peserta memperkenalkan nama, umur, cita-cita, dan halatuju tempat sambung belajar yang diimpikan. Para peserta menunjukkan semangat pemuda dalam diri.


Selepas sesi perkenalan, ustaz Salman Abdul Rahman, pegawai eksekutif Aman Palestin telah mengambil alih majlis sebagai pengerusi majlis program. Majlis telah dirasmikan oleh ustaz Jauhar, wakil Sekretariat Antarabangsa ISMA dengan pengharapan peserta dapat manfaat dari program. Ustaz Salman telah memberi sedikit motivasi sementara menunggu penceramah tiba.

Majlis telah berehat sebentar untuk sarapan dan minum pagi. Diharap dapat member kesegaran danpeserta dapat meneruskan program selama satu hari ini dengan jaya.

Kelas bersiri ini telah bermula dengan penerangan ustaz Hamidi NYDP ISMA Kepala Batas tentang subjek tarikh tasyri’, salah satu subjek dari kursus syariah. Pembentangan yang memaparkan cebisan dari kitab arab, memberi gambaran pembelajaran kursus syariah. Ustaz juga telah menceritakan bagaimana perbezaan ulama dahulu dan sekarang dalam bab perbezaan pendapat.

Pembentangan disambung oleh ustaz Jauhar yang menumpu kepada penerangan berkenaan kursus usuluddin. Ustaz telah menceritakan secara umum subjek-subjek kursus usuluddin. Ustaz juga telah memberi gambaran bentuk-bentuk soalan peperiksaan. Peserta telah mendapat sedikit gambaran kasar pembelajaran kursus usuluddin yang merangkumi akidah, falsafah, tasfir, hadis.

Majlis berhenti berehat untuk memberi peluang kepada peserta makan tengah hari, solat untuk mengembalikan tenaga semula.

Selepas solat zohor dan makan tengah hari, majlis diteruskan dengan sedikit perkongsian pengalaman dari asatizah, ustaz Salman, ustaz Sharul Ikhwan, kuliah syariah Al-Azhar. Ustaz Shahrul dengan lawak yang selamba sambil menceritakan pengalaman manis dan pahit beliau di mesir telah menceriakan majlis. Perkongsian yang selamba itu telah menarik hati peserta.


Perkongsian juga telah ditambah dengan jemputan yang mengejut, ustazah Sit Nur Balqis, pengurus Aman Palestin Perak selaku pengiring rombongan dari Perak, beliau berkongsi sedikit pengalaman sebagai bekas pelajar perempuan dalam kursus usuluddin di Al-Azhar. Beliau menceritakan pengalaman dari seorang yang tiada asas bahasa arab tapi tetap bertekad untuk belajar di Al-Azhar.

Majlis perkongsian diakhiri dengan sesi soal jawab dari peserta. Peserta menanyakan tentang biasiswa, tanggungan kehidupan dan lain-lain. Para asatizah menerangkan beberapa cara untuk mendapat biasiswa.

Selesai tutup majlis, sesi fotografi sesame peserta telah dibuat sebagai kenangan. Rakaman video juga telah dibuat dengan slogan “ISMEP Membina Generasi Mujtahid”


January 24, 2011

ISMEP Masjid Ubudiah

Sekitar ISMEP

Islamic Studies of Middle East(ISMEP) telah berlansung dengan jayanya pada 22 Januari 2011 bertempat di Masjid Ubudiah Sekyen 19, ShahAlam. Program anjuran Sekretariat Luar Negara ISMA (SEKTAR) itu berjaya menarik 54 orang peserta lelaki dan perempuan yang berada di sekitar negeri Selangor dan Negeri Sembilan.

Sesi pendaftaran telah dibuka seawal jam 8.00, namun mula mendapat kehadiran yang memberansangkan sekitar jam 9.00.

Program bersiri ini dimulai dengan hadirin diperdengarkan dengan bacaan Alqur’an oleh saudara Ira amirul. Tidak lain, majlis selama sehari itu diharap dapat mengambil berkat daripada bacaan Alqur’an dan dikurnia kelancaran sepanjang majlis berlansung Sejurus selepas itu, ustaz Ala’uddin selaku wakil dari SEKTAR, menyampaikan ucapan beliau sebagai tanda perasmian majlis.

Inisiatif menarik daripada penganjur untuk melakukan sesi perkenalan selepas ucapan perasmian sebagai satu langkah untuk merapatkan hubungan antara peserta. Hubungan erat antara peserta di harapkan dapat berkekalan dengan baik selepas program berakhir.

Sesi pertama dimulai oleh Ustaz Khairul Syazwan bin Yahya sekitar jam 10.30 pagi. Ustaz yang didatangkan khas daripada Kolej Cybernetics itu menerangkan satu daripada subjek syariah iaitu Fiqh Al-Muqarrin(fiqh perbandingan). Persembahan menarik mengenai fiqh, berjaya membuka mata peserta mengenai susah dan senang bidang syariah

Selesai sesi pertama, peserta terus dihidangkan dengan sesi kedua daripada Ustazah Nazihah Abdul Rahman mengenai usuluddin. Topik yang dipilih adalan ‘khitobah’(ucapan) iaitu satu topik menarik di awal pembelajaran usluddin. Ustazah yang penuh senyuman dari alexanderia, mesir ini tidak kurang hebatnya berbanding ceramah sebelum ini. Berjaya mempromosikan usuluddin kepada para peserta.

Usainya sesi kedua tadi menandakan habisnya sesi pagi dan peserta dipersila untuk rehat, solat dan makan tengahari. Makanan sederhana ayam kicap dan sayur goreng memberi nafas baharu kepada para peseta.

Pada sesi petang, Ustaz Rizal Sabran( pengerusi KRIM Shah Alam) selaku pembentang terakhir memberikan perkongsian beliau tentang cara beliau untuk menguasai bahasa arab sebelum dan sewaktu di timur tengah beliau.

Turut serta dalam perkongsian tersebut, Ustazah Nazihah(pembentang kedua) sekali lagi tampil memberikan sedikit sebanyak pengalaman beliau menguasai bahasa arab. Dengan situasi berlatarkan mesir, kedua-dua penceramah hadir dengan perkongsian menarik yang praktikal serta sesuai dengan para peserta.




Bagi mengakhiri majlis, ustaz Ala’ memberikan taklimat akhir kepada peserta menerangkan tentang ISMEP2, perjalanan biasiswa, dan lain-lain hal yang berkaitan tentang timur tengah. Majlis sehari di dewan masjid ubudiah itu diakhir dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr.
Sebelum pulang, peserta sempat mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama. Moga ISMEP berharap dapat memberi penjelasan kepada yang ingin ke timur tengah dan semoga berjumpa lagi di ISMEP2 nanti. 

January 19, 2011

Tentatif ISMEP utara

TENTATIF ISMEP (UTARA)

8.00 pg – 8.30 pg : Pendaftaran
8.30 pg – 9.00 pg : Ucapan Perasmian
9.00 pg – 9.30 pg : Sesi perkenalan        
9.30 pg – 10.00 pg : Minum pagi
10.00 pg – 11.30 pagi : Syariah
1) Ust Hamidi b Abu Hassan
11.45 pg -01.15 tghri : Usuluddin
2) Ust Muhammad Jauhar b Azmi
01.15 tghri – 2.30 ptg : Rehat, makan tengahari dan Solat
2.45 ptg -04.15 ptg : Sesi Perkongsian Pengalaman
3) Ust. Salman Abd Rahman
4) Ust Shahrul Ikhwan
04.15 ptg – 04.45 ptg : Taklimat akhir  
5.00 ptg : Minum petang, Solat dan bersurai

January 16, 2011

Tentatif ISMEP zon tengah


TENTATIF ISMEP 2011
8.00 pg – 8.30 pg : Pendaftaran
8.30 pg – 9.00 pg : Ucapan Perasmian
9.00 pg – 9.30 pg : Sesi perkenalan        
9.30 pg – 10.00 pg : Minum pagi
10.00 pg – 11.30 pagi : Syariah
1) Ust Syazwan ( Fekh Muqarin)
11.45 pg -01.15 tghri : Usuluddin
2) Ustzah Nazihah
01.15 tghri – 2.30 ptg : Rehat, makan tengahari dan Solat
2.45 ptg -04.15 ptg : Lughah Arabiah
3) Ust. Musab Norkifli
04.15 ptg – 04.45 ptg : Taklimat akhir  
- Ust. Ala’uddin b Kamal
5.00 ptg : Minum petang, Solat dan bersurai.

Penceramah ISMEP zon tengah

Nama : Mus'ab bin Norkefli
Kelulusan : BA(Hons) Syariah Islamiyyah Al-Azhar Kaherah (2007)
Pekerjaan : Pengurus Aman Palestin Berhad cawangan Negeri Sembilan
Umur :27 Tahun
Asal : Negeri Sembilan
Status : Berkahwin
Bil anak : 2 org



Nama: Khairul syazwan bin Yahaya
Umur: 27 tahun
Asal: Kuala lumpur
Kelulusan: Ijazah sarjana muda Syariah Islamiah
Bidang: Fiqh ibadah
Pekerjaan sekarang: Pensyarah Diploma Syariah Kolej Cybernetics Cheras
Sedang membuat Ijazah sarjana dalam bidang Fiqh di Al-Madinah International University Shah Alam.


Nama : Nazihah binti Abdul Rahman
Pekerjaan : Pensyarah Unit Pengajian Islam di Kolej UNITI, Port Dickson
Kelulusan : Sarjana Muda Usuluddin Tafsir Universiti Al-Azhar, Iskandariah, Mesir.
Berada di Mesir dari tahun 2005 - 2010.

Balik Malaysia januari 2010.
Asal: Johor Bahru
Anak ke3 dari 9orang adik beradik.


Nama: Mohammad Rizal b. Sabran
Umur: 32 tahun
Asal: Kuala lumpur
Kelulusan: Ijazah sarjana muda Takhassus Qiraat.
Bidang: Quran dan Qiraat
Pekerjaan sekarang: Imam 1 Surau Al Munawwarah Seksyen 13 Shah Alam, Perunding Kewangan Islam (takaful), Saudagar Emas (Amsyiq Gold Agent), Berniaga kecil-kecilan.

January 10, 2011

Peta Tempat Program

ISMEP untuk zon tengah (KL, Selangor, Negeri Sembilan) akan diadakan di Masjid Al-Ubudiah Seksyen 19 Shah Alam, Selangor.



Bagi ISMEP Utara pula akan diadakan di Masjid Jamek Seberang Jaya, Pilau Pinang, bersebelahan dengan lebuhraya utara-selatan. 


                                                                   Peta Tempat ISMEP utara

Klick pada link peta untuk penjelasan, sebarang masalah berkenaan dengan tempat ISMEP hubungi :
ISMEP Tengah- Farouq 018-3848712
ISMEP Utara   - Syazwan  013-9909355

Mai ramai-ramai, kita jumpa di ISMEP!!!

January 1, 2011

ISMEP utara


ISMEP juga di utara. Bagi peserta dari utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak) yang ingin menyertai ISMEP boleh sertai kami:

Tempat : Masjid Jamek Seberang Jaya Pulau Pinang
Tarikh   : 22 Jan 2011
Yuran    : RM 15

Jangan lepaskan peluang anda melakukan persediaan ke timur tengah, bersama alumni mahsiswa timur tengah yang berjaya. perkongsian pengalaman, tips-tps berjaya dalam arena agama. dan berjumpa dengan sahabat baru yang sehaluan.

Daftar segera!!!

Ramadhan ~ 019-6114103
Tasnim      ~ 019-4476925


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More