GOPENG,
24 Mac 2012- Islamic Studies of Middle East Programme 2012 Siri Ketiga anjuran
Sekretariat Antarabangsa ISMA telah diadakan dengan jayanya semalam. ISMEP 2012
Siri 3 kali ini diadakan di Sungai Jahang, Gopeng, Perak.
ISMEP
202 Siri 3 kali ini hadir dengan tema sama seperti siri-siri yang lalu, iaitu
‘Panduan Hukama’ Bekalan Bakal Ulama’”. Walaupun begitu, pendekatan kali ini
berbeza dengan siri lalu, yang lebih berbentuk aktiviti outdoor seperti mandi
sungai, BBQ dan riadhah. Pendekatan ini berjaya menarik seramai 40 orang peserta,
rata-rata yang datang pada kali ini adalah bekas peserta ISMEP 2012 siri-siri
yang lalu. Majoriti peserta adalah dari Akademi Ikatan Muslimin (AIM), SMKA
Maahad Al-Mizan, Kuala Kangsar, Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) dan SMK Raja
Chulan, Ipoh.
Wakil SEKTAR ISMA, Ust Ala'uddin Kamal memberi ucapan perasmian |
Seawal
jam 7.40 pagi, sudah kelihatan beberapa peserta tiba di meja pendaftaran untuk
mendaftarkan diri. Program bermula di AIM Kampus Ipoh. Pada jam 9.20 pagi,
majlis yang dipengerusikan oleh Akh Muhammad Hanafi Bin Muidnuddin ini telah
dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran yang dibacakan oleh Saudara Muhammad
Uzair Bin Yusof, pelajar AIM sesi 2012. Majlis diteruskan dengan ucapan Akh
Muhammad Zabidi Bin Azhar selaku Pengarah ISMEP 3. Akh Zabidi menerangkan serba
sedikit objektif dianjurkan program ini dan beberapa hal yang berkaitan.
Kemudian,
wakil daripada Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR ISMA), Ust Ala’uddin Kamal
telah memberikan sedikit ucapan lantas merasmikan ISMEP 3 yang menggabungkan
semua peserta ISMEP siri yang lepas ini tentang tujuan asal peserta melanjutkan pengajian
dalam bidang agama, dan memastikan keberadaan peserta di timur tengah selama
beberapa tahun itu tidak sia-sia. Al-Fadhil Ust juga berpesan supaya
bersiap-sedia dari sudut fizikal dan mental untuk berada di bumi anbiya’ yang
sinonim dengan perjuangan.
Majlis
diteruskan dengan nyanyian lagu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan tayangan
video promosi program pre-departure anjuran SEKTAR ISMA, iaitu Selangkah Ke
Bumi Anbiya (SKBA) yang akan diadakan pada hujung April ini. Acara Ice-Breaking
yang dikendalikan oleh Akh Ahmad Nawal Bin Mazlan bagi peserta ikhwah dan Ukht
Husna Bt. Abdul Halim bagi peserta akhawat telah berjaya menggamitkan suasana program
yang agak suram ketika awalnya.
Peserta ikhwah sedang membakar BBQ |
Seterusnya,
para peserta telah menaiki bas persiaran menuju ke destinasi program yang
seterusnya iaitu di Sungai Jahang, Gopeng, Perak. Walaupun ada beberapa
kesulitan yang timbul semasa perjalanan, namun akhirnya semua peserta dapat
tiba di destinasi program sekitar jam 12.15 tengahari. Peserta ikhwah telah
menyalakan api untuk BBQ, manakala peserta akhawat telah melakukan aktiviti di
dalam sungai. Kemudian ada penggiliran berlaku, peserta ikhwah pula beraktiviti
di dalam sungai dan peserta akhwat menyediakan makanan.
Sekitar
jam 3.30 petang, setelah semua peserta selesai khidmat diri, makan dan
menunaikan solat fardhu Zohor berjemaah, peserta disajikan pula dengan sebuah
slot perkongsian pengalaman oleh Al-Fadhil Ust Agus Lokman Bin Sulam, Pengetua SMAR Maahad Al-Islah, Teluk Intan dan
Setiausaha Agung Pertubuhan Pendokong Sekolah Agama Rakyat (PPSR) Perak. Ust
Agus, graduan Universiti Al-Azhar, Mesir telah berkongsi pengalaman manis dan
pahit merantau di bumi anbiya’, di samping beberapa tips berkenaan cara hidup
dan belajar di sana.
Di
penghujung program, wakil SEKTAR ISMA, Ust Ala’uddin sekali lagi telah memberikan
ucapan untuk perincian ringks tentang pakej MUMTAZ di bawah seliaan SEKTAR ISMA
dan program SKBA yang akan dilangsungkan pada 27-29 April 2012 di Nur Laman
Unggul, Sepang, Selangor. Majlis diakhiri dengan sedikit upacara penyampaian
hadiah, sesi fotografi dan bacaan doa oleh Akh Ahmad Nawal.
Jumpa
lagi semua, di SKBA nanti!!!
Panduan
Hukama’ Bekalam Bakal Ulama’
Disediakan
oleh,
Amar Ismat Mohd. Nasir,
Setiausaha ISMEP 2012 Siri 3,
Sekretariat Antarabangsa ISMA.