June 10, 2011

Laporan IRAB 2



Alhamdulillah, syukur dan keseronokan(baca : seronok)

tiada kata yang terucap selain rasa syukur yang tidak terhingga kerana kem Intensif Lughah Arab dan Kitab(I'RAB) 2 telah melaburkan tirainya pada 8 Jun yang lepas. Tahniah kepada yang mengikuti kem ini. Sesungguhnya kenangan bersama ikhwah dan akhawat selama 10 hari, 6 hari atau 4 hari ini kita semat menjadi ingatan sepanjang zaman.

Kem kalini diadakan di Kem Bina Taqwa Dengkil, dan mengambil masa 6 hari untuk mencukupkan 10 hari yang dijanjikan. Nampak mustahil pada mulanya, tapi pada akhir kem, kebanyakan peserta merasakan 6 hari ini tidak cukup dan seolah inginkan lebih dari kem ini.

33 orang peserta yang mewarnai kem 6 hari ini. tahniah buat semua.

Berbeza dengan kem di Sekolah Dato'Abdul Razak sebelum ini, kalini Ustaz Rusdi menampilkan cara penyampaian yang lebih rehat, selesa dan tidak menekan para peserta. Ini terbukti berhasil dengan kualiti peserta di akhir kem. Dengan setiap petang dibenarkan beriadhah dan pada hari yang ke-4, kami bersama-sama ustaz rusdi berjaulah ke Paya indah wetland untuk bersama melapangkan minda, merawat tekanan dan merapatkan ukhuwwah sesama peserta.

Fokus kem kalini adalah supaya para peserta dapat membaca kitab arab tanpa baris dengan cermat dan betul. Satu tahap yang lebih tinggi daripada kem I'RAB1 yang hanya melatih membaca kitab dengan baris.

sempat belajar dalam bilik (dari kiri: Raja, Amirul, Amiruddin)

Dihidangkan dengan kitab-kitab arab terkenal seperti matan arba'in, riyadus solihin, fiqh manhaji, dakwah fardiyah, majmuk syarah al-muhazzab, ihya ulumuddin, rahiq makhtum, madarij salikin dan lain-lain lagi. Peserta diajar mengi'rab dan cuba membaca dan menterjemah kitab-kitab tersebut.

Seolah dalam satu set, peserta dapat menguatkan asas nahu, membaiki cara pembacaan, penambahan vocab dan mempratikkannya dalam mengolah dan mengkaji kitab arab ini. 5 keping formula menemani para peserta sepanjang 6 hari bagi membantu nahu para peserta.

Pada mulanya, peserta seolah tidak mampu mengikuti pengajaran ustaz dalam membaca kitab arab tanpa baris. Tambahan lagi dengan susunan kitab yang serba mencabar nahu, fahaman dan susunan ayat. tetapi syukur para peserta dapat menemui rentak dalam hari-hari berikutnya.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan saya kira.

Pada malam terakhir, kelas dipendekkan dan peserta di bawa ke Restoran Saba' di Cyberjaya. Variasi hidangan arab daripada nasi, roti dan lain-lain lagi dipesan para peserta . Alhamdulillah kenyang semuanya.

Walaupun berada pada hari terakhir, pada hemat saya, tiada yang ingin pulang meninggalkan kem. Ikatan para peserta sudah utuh selepas 6 hari dan merasakan sesi pembelajaran tidak cukup pula dan seolah inginkan lebih.

Perasmian majlis penutup diadakan pada hari terakhir kem. Dimulakan dengan perkongsian daripada wakil sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR), Ustaz Alauddin. Beliau tampil untuk memberikan sokongan dan harapan daripada pihak SEKTAR sendiri dan membuka soalan kepada mana-mana peserta yang ingin mengemukakan soalan sekitar perjalanan ke luar negara.

Seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid daripada wakil peserta. Dan diteruskan dengan nyanyian lagu tema I'RAB "akhi lan tana" . Sebuah lagu yang penuh makna khusus untuk menimbulkan rasa semangat untuk terus belajar demi kebaikan ummah, bangsa dan diri sendiri.

Tidak lengkap rasanya jika tiada penghargaan kepada yang terbaik ikhwah dan Akhwat. Saudara Mohd Muntaziri bagi ikhwah dan bagi akhawat pula adalah saudari Hajar binti Hamidon. Sijil penyertaan juga untuk semua peserta. Tanda penghargaan dan tahniah

Pepatah inggeris ada berkata, "last but not the least", Sebuah wasiat terakhir kepada para peserta daripada ustaz Rusdi mencukupkan 6 hari kem di dengkil ini. Banyak yang diluahkan daripada ustaz kepada para peserta mengenai kepentingan generasi sekarang ini untuk digunakan sepenuhnya untuk ummat. Apa yang patut dilakukan sekarang adalah supaya para peserta cuba menjadi sebaik boleh dalam akedemik tanpa menidakkan kepentingan dakwah. Inilah yang diperlukan daripada ummat masa kini.

Moga Allah memberkati Ustaz Rusdi di atas segala penat lelah beliau dalam 10 pembelajaran beliau.

Tiada apa yang dapat saya tulis lagi tentang kem 6 hari ini. Cukuplah dengan ucapan terima kasih kepada para peserta yang dapat menghadirkan diri ke kem ini, tidak kiralah 10 hari, 6 hari, 4 hari, atau kurang lagi daripada itu. Moga kita dapat meneruskan dan praktikkan segala apa yang kita belajar dalam kem ini untuk pembelajaran bahasa arab kita.

Moga Allah sentiasa bersama kita dan terima kasih atas segala memoar!

JUMPA LAGI :)







1 komen:

asif awi-awi. lambat sedikit. tak sangka da seminggu dah kem, ingat baru 3 hari lepas.

sebar2kan lah ye!

Post a Comment


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More