December 20, 2011

Ada Apa Dengan ISMEP...?

ISMEP adalah kelas seminar persiapan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke pengajian-pengajian di timur tengah khususnya Mesir, Jordan, Syria, dan lain-lain. ISMEP bertujuan memberikan pendedahan dalam bidang agama seperti syariah dan usuluddin. Program ini juga diharapkan akan membuka ruang kepada ISMA untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara para pelajar, sekolah dan masyarakat setempat. Seminar ini terdiri daripada tiga zon. Zon Utara bagi negeri Perlis, Kedah, Perak dan Pantai Timur. Zon Tengah bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan. Negeri Johor dan Melaka pula dijalankan di bawah zon selatan. Ketiga-tiga zon tersebut akan dijalankan serentak pada tarikh tertentu.

ISMEP yang akan berlangsung bertujuan untuk:
1. Membantu peserta dalam menentukan halatuju dan matlamat pembelajaran yang jelas dan teratur selepas STAM dan SPM. (atau sebelum ke timur tengah).
2. Mendedahkan pendedahan awal tentang negara dan jurusan pelajaran kepada pelajar yang bakal malanjutkan pelajaran ke timur tengah.
3. Perkongsian pengalaman bersama mahasiswa lepasan universiti-universiti di timur tengah.

"Panduan Hukama' Bekalan Bakal Ulama"

November 29, 2011

ISMEP Kembali Lagi!!!

Islamic Studies of Middle East Program (ISMEP) 2012.

Anjuran Sekretariat Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

ISMEP adalah kelas seminar persiapan pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah khususnya Mesir, Jordan, Syria, dan lain-lain. ISMEP bertujuan memberikan pendedahan dalam bidang agama seperti syariah dan usuluddin.

Terbuka kepada para pelajar lepasan STAM dan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran ke timur tengah.

Tarikh : 14 Januari 2012

Untuk penyertaan, sila hubungi:
Zon Utara (Perlis, Kedah, Perak, Pantai Timur)
Amar Ismat (013-3002534)

Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan)
Ahmad Nawal (013-2023750)

Zon Selatan (Johor, Melaka)
Hanafi (017-7585722)

Tarikh tutup penyertaan : 7 Januari 2012

Daftar sekarang!!!

June 30, 2011

PAKEJ MUMTAZ. SELASA NI ISI BORANG!!!





ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

Moga sentiasa di bawah perhatian dan jagaan Allah sentiasa hendaknya.

Perhatian kepada peserta atau pelajar yang telah mendaftar atau berminat mendaftar di bawah pakej MUMTAZ (Musafir Mahasiswa Tempatan Ke Azhar), satu pertemuan segera dan tergempar akan di adakan pada tarikh dan maklumat yang berikut..

HARI : SELASA

TARIKH : 5 JULAI 2011

TEMPAT : PEJABAT ISMA GOMBAK. DI ALAMAT : 14 B, JALAN 10, TAMAN BATU, JALAN BATU CAVES, 68100 , BATU CAVES , SELANGOR

MASA : JAM 2 PETANG.

Perkara perkara yang harus dan wajib anda bawa bersama ketika taklimat tersebut ialah:

1) SIJIL ASAL STAM (B.ARAB SHJ) + DAN 4 SALINAN FOTOCOPY

2) CABUTAN SIJIL LAHIR ASAL + 4 SALINAN FOTOCOPY.

3) 3 SALINAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

4) 3 SALINAN KAD PENGENALAN

5) PASPORT ASAL.

6) 4 SALINAN MUKA DEPAN PASSPORT.

7) 10 KEPING GAMBAR (BACKGROUND PUTIH+SAIZ BESAR) *bertulis nama di belakang.

8) Wang tunai berjumlah RM300 *(Bg yang lahir ‘luar negara’ RM350)

Sila bawa bersama borang pendaftaran Azhar (kpt 2011) dan kelengkapan untuk mengisi borang.

Ibu , bapa dan penjaga di alu alukan bersama untuk taklimat sebaik tamat sesi mengisi borang sekitar jam 4.30 ptg pd hari yang sama.

Sangat di harapkan peserta ‘MUMTAZ’ dpt hadir sendiri tanpa menghantar wakil, kerana terdapat beberapa taklimat penting akan di buat berdasarkan situasi pengurusan yang terpaksa di rombak mengikut kesesuaian.

Sebarang penambahan dan pengumuman akan di buat dari semasa ke semasa jika perlu.

Sebarang kesulitan dan pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan USTAZ ALA’UDDIN KAMAL di talian 0192887797.

*MOHON DI SEBARKAN KEPADA SAHABAT2 YANG MASIH BELUM MAKLUM LAGI.

Moga urusan kalian di mudahkan dan di bantu Allah s.w.t.

MENJALANKAN TUGAS.

CEO MUMTAZ.

______________________________________________________________________________

*mohon disebar-sebarkan. Iallah dua hari pun perlu kerja mencari. mohon sangat-sangat

**DITUNDA ke hari selasa kerana memberi peluang kepada peserta untuk bersedia dengan perkara yg perlu dibawa.



Imtihan qabul tangguh!!!


Syukur setinggi syukur buat mu ya Allah pemilik langit dan bumi.

Imithan qabul yang selama di geruni oleh pelajar STAM yang akan bercita-cita ke mesir pada tahun 2011 ini ditangguhkan daripada di Malaysia ke mesir. Berita ini tersebar dengan meluas apabila pemohon zakat selangor menerima panggilan perkara ini ditangguhkan.


daripada link ini, beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dan disegerakan seperti tarikh hantar borang KPT adalah pada 11 julai 2011 .

"Semua calon persendirian diminta muat turun borang permohonan ke Universiti Al-Azhar 2011 dan hendaklah dihantar pada atau sebelum 11 Julai 2011. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6000 samb. 6611 (En. Mohd farha Bin Md Ishak)."

sekian terima kasih. dan apa maklumat boleh dimaklumkan di shoutbox. syukran dan moga berbahagia.

June 10, 2011

Laporan IRAB 2



Alhamdulillah, syukur dan keseronokan(baca : seronok)

tiada kata yang terucap selain rasa syukur yang tidak terhingga kerana kem Intensif Lughah Arab dan Kitab(I'RAB) 2 telah melaburkan tirainya pada 8 Jun yang lepas. Tahniah kepada yang mengikuti kem ini. Sesungguhnya kenangan bersama ikhwah dan akhawat selama 10 hari, 6 hari atau 4 hari ini kita semat menjadi ingatan sepanjang zaman.

Kem kalini diadakan di Kem Bina Taqwa Dengkil, dan mengambil masa 6 hari untuk mencukupkan 10 hari yang dijanjikan. Nampak mustahil pada mulanya, tapi pada akhir kem, kebanyakan peserta merasakan 6 hari ini tidak cukup dan seolah inginkan lebih dari kem ini.

33 orang peserta yang mewarnai kem 6 hari ini. tahniah buat semua.

Berbeza dengan kem di Sekolah Dato'Abdul Razak sebelum ini, kalini Ustaz Rusdi menampilkan cara penyampaian yang lebih rehat, selesa dan tidak menekan para peserta. Ini terbukti berhasil dengan kualiti peserta di akhir kem. Dengan setiap petang dibenarkan beriadhah dan pada hari yang ke-4, kami bersama-sama ustaz rusdi berjaulah ke Paya indah wetland untuk bersama melapangkan minda, merawat tekanan dan merapatkan ukhuwwah sesama peserta.

Fokus kem kalini adalah supaya para peserta dapat membaca kitab arab tanpa baris dengan cermat dan betul. Satu tahap yang lebih tinggi daripada kem I'RAB1 yang hanya melatih membaca kitab dengan baris.

sempat belajar dalam bilik (dari kiri: Raja, Amirul, Amiruddin)

Dihidangkan dengan kitab-kitab arab terkenal seperti matan arba'in, riyadus solihin, fiqh manhaji, dakwah fardiyah, majmuk syarah al-muhazzab, ihya ulumuddin, rahiq makhtum, madarij salikin dan lain-lain lagi. Peserta diajar mengi'rab dan cuba membaca dan menterjemah kitab-kitab tersebut.

Seolah dalam satu set, peserta dapat menguatkan asas nahu, membaiki cara pembacaan, penambahan vocab dan mempratikkannya dalam mengolah dan mengkaji kitab arab ini. 5 keping formula menemani para peserta sepanjang 6 hari bagi membantu nahu para peserta.

Pada mulanya, peserta seolah tidak mampu mengikuti pengajaran ustaz dalam membaca kitab arab tanpa baris. Tambahan lagi dengan susunan kitab yang serba mencabar nahu, fahaman dan susunan ayat. tetapi syukur para peserta dapat menemui rentak dalam hari-hari berikutnya.

Satu pencapaian yang boleh dibanggakan saya kira.

Pada malam terakhir, kelas dipendekkan dan peserta di bawa ke Restoran Saba' di Cyberjaya. Variasi hidangan arab daripada nasi, roti dan lain-lain lagi dipesan para peserta . Alhamdulillah kenyang semuanya.

Walaupun berada pada hari terakhir, pada hemat saya, tiada yang ingin pulang meninggalkan kem. Ikatan para peserta sudah utuh selepas 6 hari dan merasakan sesi pembelajaran tidak cukup pula dan seolah inginkan lebih.

Perasmian majlis penutup diadakan pada hari terakhir kem. Dimulakan dengan perkongsian daripada wakil sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR), Ustaz Alauddin. Beliau tampil untuk memberikan sokongan dan harapan daripada pihak SEKTAR sendiri dan membuka soalan kepada mana-mana peserta yang ingin mengemukakan soalan sekitar perjalanan ke luar negara.

Seterusnya diserikan dengan persembahan nasyid daripada wakil peserta. Dan diteruskan dengan nyanyian lagu tema I'RAB "akhi lan tana" . Sebuah lagu yang penuh makna khusus untuk menimbulkan rasa semangat untuk terus belajar demi kebaikan ummah, bangsa dan diri sendiri.

Tidak lengkap rasanya jika tiada penghargaan kepada yang terbaik ikhwah dan Akhwat. Saudara Mohd Muntaziri bagi ikhwah dan bagi akhawat pula adalah saudari Hajar binti Hamidon. Sijil penyertaan juga untuk semua peserta. Tanda penghargaan dan tahniah

Pepatah inggeris ada berkata, "last but not the least", Sebuah wasiat terakhir kepada para peserta daripada ustaz Rusdi mencukupkan 6 hari kem di dengkil ini. Banyak yang diluahkan daripada ustaz kepada para peserta mengenai kepentingan generasi sekarang ini untuk digunakan sepenuhnya untuk ummat. Apa yang patut dilakukan sekarang adalah supaya para peserta cuba menjadi sebaik boleh dalam akedemik tanpa menidakkan kepentingan dakwah. Inilah yang diperlukan daripada ummat masa kini.

Moga Allah memberkati Ustaz Rusdi di atas segala penat lelah beliau dalam 10 pembelajaran beliau.

Tiada apa yang dapat saya tulis lagi tentang kem 6 hari ini. Cukuplah dengan ucapan terima kasih kepada para peserta yang dapat menghadirkan diri ke kem ini, tidak kiralah 10 hari, 6 hari, 4 hari, atau kurang lagi daripada itu. Moga kita dapat meneruskan dan praktikkan segala apa yang kita belajar dalam kem ini untuk pembelajaran bahasa arab kita.

Moga Allah sentiasa bersama kita dan terima kasih atas segala memoar!

JUMPA LAGI :)







May 17, 2011

Qabul, kita dan mesir




Oh Azhar! hoi qabul^^


Sengaja saya menyepitkan 'kita' antara Qabul dan mesir. kerana jujur bagi pihak saya sendiri merasa tersepit antara kedua-dua perkara penting ini ketika entry ini sedang ditulis.(da hantar borang belum? ._.)

Mungkin sesekali bagi kita bergelak ketawa mengenai imtihan qabul yang akan menjelang pada bulan Julai tidak lama lagi, tapi ini sebenarnya adalah cerita mengenai impian yang disemat lama dalam diri lama dahulu. Jadi tiadalah bergelak ketawa jualah kitanya melainkan pening berzikir dibuatnya.

Sifir yang mudah buat mereka yang mahu melangkah ke mesir pada kali ini adalah lulus imtihan qabul pada markah 60%. Mungkin mudah bagi mereka yang sentiasa istiqamah mengulangkaji. Tapi bagi mereka yang 'cuti' setahun, bagaimana nak menghadapi?

Jujur bagi saya, saya tergolong dalam golong cuti setahun. Moga Allah merahmati saya dalam imtihan nanti hendaknya.

Boleh jadi sesetengah orang akan mengambil tindakan dengan melupakan hasrat ke mesir dan hanya menyambung di Malaysia, tanah airku. Berfaktorkan kepayahan demi kepayahan yang perlu dilalui seperti ibubapa, kewangan, keamanan, dan imtihan ini.

Bukan merendah-rendahkan prestij yang ada pada universiti dalam negara, tapi saya ingin mengajak kawan-kawan sekalian, memandang kembali matlamat sebenar kita ke mesir, bumi pijakan anbiya' dan ulama' ini. matlamat yang lebih jauh bukan sekadar mendapat sijil.

apa yang ada di mesir? kenapa mesir? betapa seronoknya mesir? tarbiyyahnya?

muhasabah kembali dan kenang-kenang kanlah ia.

Jadi saya berharap anda mesih setia untuk ke sana dan bersedialah dari sekarang. bersedialah untuk qabul, borang-borang yang perlu disediakan, mental dan juga fizikal. Banyakkanlah berdoa agar kita sama-sama dipermudahkan.

teruskan update bersama kami di lama ini. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaharu sedaya upaya kami dan berharap jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila nyatakan di shoutbox di sebelah atau maklumkan di Facebook kami.

selawat dan salam ke atas junjungannya. Moga jumpa lagi!


May 4, 2011

Program SKBA 2011 berjaya!



VARIASI : MESIR, JORDAN, MADINAH


Seramai 40 orang pelajar yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi di Timur Tengah telah menghadiri satu program persediaan anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR). Program yang bernama Selangkah ke Bumi Anbiya’ (SKBA) itu berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor bermula 29 April sehingga 1 Mei 2011.

Menurut Pengarah SKBA 2011, Ustaz Ahmad Alauddin Kamal beliau rasa bertuah dan berbangga kerana acara tahunan ini sekali lagi berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi pendedahan dan penerangan sebagai persiapan kepada para peserta menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ tahun ini.

SKBA telah dirasmikan oleh En. Zainudin Ghafar, Yang Dipertua ISMA Klang. Dalam ucapannya, beliau berharap agar peluang ke Timur Tengah ini diambil sebaik mungkin kerana tidak ramai yang berpeluang menyambungkan pelajaran ke Bumi Anbiya’.

Sesuai dengan tema pada tahun ini, ‘memudik ilmu, menghilir amal’ pelbagai slot telah disusun supaya objektif yang telah digariskan berjaya dicapai.

Penerangan kuliah Syariah telah disampaikan oleh Ustaz Salman Abd Rahman, kuliah Usuluddin pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, kuliah Bahasa Arab disampaikan oleh Ustaz Najib Sadli manakala kuliah Qiraat disampaikan oleh Ustazah Susilawati. Kesemua pembentang merupakan bekas pelajar Mesir.

SKBA diserikan lagi dengan penerangan negara-negara yang bakal menjadi destinasi para peserta. Penerangan negara Mesir telah disampaikan oleh Ustaz Zaizul Irsyadi Zaman, Jordan disampaikan oleh Ustaz Mus’ab Norkefli dan negara Arab Saudi pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fikri Mohd. Paudzi.

Para peserta turut dihidangkan dengan Forum Mahasiswa yang membincangkan cabaran dan peranan mahasiswa Timur Tengah dalam arena ilmu dan dakwah di tanah air. Forum ini dibarisi oleh ahli-ahli panel berpengalaman antaranya ialah Ustaz Mohammad Rizal Sabran selaku moderator, Ustaz Mus’ab Norkefli, Ustazah Kauthar dan Ustaz Syazwan.

Kebanyakan peserta SKBA merupakan pelajar lepasan STAM Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh Perak, Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kedah.

Para peserta amat berpuas hati dengan pengisian program kerana ia turut meliputi aspek rohani dan fizikal.

Pengarah SKBA juga telah berkesempatan mengumumkan bahawa ISMA sedang membuka tawaran kepada semua pelajar untuk menyertai ‘Pakej Mumtaz’ ke Timur Tengah.

Semasa majlis perasmian penutup, wakil Jawatankuasa ISMA Pusat, Ustaz Annuar Salleh di dalam ucapannya telah berkata, “Niat dan azam yang kuat sahaja yang akan memastikan kita berjaya di sana.” Beliau juga menegaskan bahawa hanya mereka yang bersungguh-sungguh tanpa jemu mampu memainkan peranan membimbing masyarakat ke jalan yang Allah redhai.

SKBA 2011 melabuhkan tirainya dengan sesi bergambar dan bersalam-salaman di antara peserta dan urusetia.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha tungkus-lumus dalam menjayakan program ini.


ISMA MESIR ISMA JORDAN ROAD TO JORDAN



Enhanced by Zemanta

May 3, 2011

Dermasiswa zakat selangor ke jordan




Bagi mereka yang memohon ke melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di jordan, anda boleh menyemak status anda di laman web zakat selangor [klik].

Sehubungan dengan itu, kami dari pihak Selangkah ke bumi anbiya' (SKBA) mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tajaan untuk ke jordan ini. Kami berharap dengan bantuan yang diberi dapat memudahkan pelajaran anda dalam bidang pilihan anda dan sekaligus membantu merealisasikan cita-cita murni anda.

Yang kurang bernasib baik, kami berharap anda tidak berputus asa dan teruskan perjuangan anda dalam bidang pengajian islam ini. Kami di sini sentiasa mendoakan dan menyokong penuh anda. Jangan berputus asa dalam mencari ilmu! ^__^

Terima Kasih.

SILA KLIK PADA LINK YANG DISEDIAKAN : [klik] [klik]

April 23, 2011

Maklumat KPT terkini.




Makluman tekini pelajar malaysia yang akan menyambung pelajaran ke Mesir
Imtihan qabul akan diadakan tidak lama lagi . Inmtihan tersebut perlu daftar dan bayaran yang dikenakan RM100. Sila ambil borang imtihan qabul dan isi. serah pada Jabatan Agama Islam Negeri masingg2. bg pd bhgn pddkn
Perkara yang diperlukan untuk bawa bersama ialah
1)borg imtihan qabul.
2)cabutan sijil lahir
3)salinan sijil stam.

link utk muat turun borang http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php.

JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
ARAS 1-3, BLOK E9, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN ISLAM / BAHASA ARAB DI UNIVERSITI AL-AZHAR 2011

  1. Adalah dimaklumkan bahawa kemasukan pelajar dalam bidang Pengajian Islam/Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar bagi sesi 2011/2012, pihak Universiti Al-Azhar telah mensyaratkan agar pelajar-pelajar yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini perlulah menduduki peperiksaan kelayakan yang akan dijalankan pada bulan Julai 2011.
  2. Bagi tujuan penyelarasan, pelajar adalah dipohon untuk mendaftarkan diri mereka untuk menduduki peperiksaan kelayakan ke Jabatan/Majlis Agama mengikut negeri masing-masing. Pendaftaran hendaklah dibuat pada atau selewat-lewatnya 31 Mei 2011 (Khamis). Yuran perkhidmatan untuk peperiksaan adalah sebanyak RM100.00 sahaja.
  3. Peperiksaan kelayakan ini adalah bertujuan untuk memastikan tahap penguasaan Bahasa Arab pelajar-pelajar yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar. HANYA pelajar yang LULUS peperiksaan ini sahaja yang akan ditawarkan tempat di Universiti Al-Azhar
  4. Pelajar Maahad Qiraat TIDAK PERLU menduduki peperiksaan ini dan boleh memuat turun borang permohonan di laman web Jabatan Pengajian Tinggi.
  5. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Jabatan/Majlis Agama di negeri masing-masing
  6. Borang permohonan menduduki ujian kelayakan ke Universiti Al-Azhar.
    (Sila klik di sini)
  7. Borang permohonan dan pendaftaran pelajar ke Universiti Al-Azhar boleh dimuat turun di sini. (Sila klik di sini)


April 17, 2011

ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN BUKA!



Zakat wilayah persekutuan telah dibuka di laman web MAIWP . boleh download borang daripada web tersebut. Pihak kami doakan berjaya dalam permohonan tersebut dan sila sertakan borang yang telah dinyatakan dengan selengkapnya. tiada tolak ansur bagi yang tidak melengkapkan borang.

*walaupun dinyatakan syarat utama mendapat bantuan adalah 5 mumtaz dan 5 jayyid jiddan, cuba juga. apa salahnya!







Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More