30 April 2010, Kuala Selangor - Sekretariat Antara Antarabangsa Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah berjaya menghasilkan program Selangkah Ke Bumi Anbiya’ (SKBA) 2010 di KEM MEGA KRISTAL, Kuala Selangor. Program ini buat pertama kalinya telah dilaksanakan di KEM MEGA KRISTAL, Kuala Selangor dan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Kehadiran peserta telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran yang mencecah seramai 98 orang peserta dari pelbagai negeri di Malaysia.
Bermula jam 5 petang, meja pendaftaran telah dikeremuni dengan peserta-peserta yang ingin mendaftarkan diri mereka, selesai mendaftarkan diri mereka telah dibantu oleh AJK yang bertugas untuk dibawa ke bilik masing-masing. Program bermula tepat jam 8 malam dengan ucapan alu-aluan dari Ustaz Ahmad Jauhar bin Azmi selaku Timbalan Pengarah Program Selangkah Ke Bumi Anbiya’ 2010, kemudian ucapan tersebut disusuli dengan taklimat program yang telah dibentangkan oleh Ustaz Muhd Sofee bin Mustafa selaku Ketua Fesilitator. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya mereka lebih mengenali antara satu sama lain, selari dengan tema program “Ukhuwwah disemai, thiqah dicapai” para peserta telah berta’aruf secara berkumpulan.
Pada hari kedua, program SKBA 2010 telah bermula dengan Qiamullail seawal 4.30 pagi dengan berimamkan dikalangan peserta, sesudah solat subuh mereka diberi kesegaran dengan tazkirah yang telah disampaikan oleh Ustaz Jauhar bin Azmi sebagai santapan rohani diawal permulaan hari mereka.
Sekitar jam 8.30 pagi, slot yang pertama telah dibentangkan oleh Ustaz Asyraf mengenai Ma’ahad Qiraat Shubra bagi mereka yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang hafalan dan ilmu yang berkaitan dengan kitab suci Al-Quran. Ustaz Asyraf merupakan lepasan Ma’ahad Qiraat Shubra dan telah menyambung pengajiannya di Universiti Al-Azhar dalam Kuliah Al-Quran di Tanta. Diharap dengan pengalaman-pengalaman beliau disana boleh disalurkan kepada bakal-bakal pelajar yang akan menjadikan Al-Quran itu sebagai panduan utama hidup mereka.
Selesai sudah slot yang pertama, program diteruskan dengan slot yang kedua mengenai Kuliah Usuluddin di Al-Azhar yang telah dibentangkan oleh Ustaz Sanusi bin Azmi selaku Timbalan Dekan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang lepasan dari Kuliah Usuluddin Universiti Al-Azhar cawangan di Tanta. Beliau telah mengupaskan mengenai jurusan tersebut dengan kupasan yang amat menarik tentang perkara-perkara yang bakal dihadapi bagi mereka yang berminat untuk mengambil jurusan tersebut.
Program diteruskan lagi dengan izin Allah dengan berlangsungnya slot yang ketiga mengenai Kuliah Bahasa Arab yang telah diulas oleh Ustazah Mardiyah bt Zamani, masih segar lagi segala pengalaman beliau di Mesir dengan kepulangan beliau ke Malaysia tidak lebih dari 3 hari, beliau merupakan seorang yang amat berpengalaman dalam bidang Bahasa Arab kerana telah memikul kelayakan berperingkat sarjana dalam bidang tersebut setibanya beliau di Malaysia. Seluruh kupasannya telah menolak segala sangkaan yang tidak menyenangkan hati kepada para peserta yang ingin menyambungkan pelajaran mereka didalam bidang tersebut.
Perbentangan diteruskan dengan slot yang keempat, membincangkan tentang Kuliah Syariah yang menjadi perhatian ramai dikalangan para peserta, slot ini telah diulas oleh Ustaz Muthalib dengan penuh kesungguhan agar para peserta dapat memahami akan hakikat sebenar tentang jurusan yang bakal mereka lalui. Beliau merupakan graduan Al-Azhar dalam bidang Syariah yang berpusat di Kaherah. Beliau telah berkongsi pengalaman-pengalaman yang amat berharga ketika mana beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut. Dengan berakhirnya slot yang keempat maka telah berakhir segala slot yang membentangkan mengenai pengajian-pengajian di Bumi Kinanah, Mesir.
Selesai slot Kuliah-kuliah di Mesir, para peserta disaji dengan hidangan makanan tengahari yang enak sebelum mendirikan solat Zohor, selesai mendirikan solat Zohor para peserta diberi waktu untuk mereka merehatkan minda setelah di beri pengisian-pengisian slot yang amat padat dan ringkas.
Sekitar jam 2.15 petang, slot penceramah telah dialihkan ke Negara Timur Tengah yang berikutnya iaitu Negara Jordan, slot ini telah dibentangkan oleh Ustazah Umi Kalthum juga merupakan graduan dari Universiti Yarmouk di Jordan, beliau telah berkongsi pengalaman-pengalaman beliau yang mana para peserta telah menganggapnya sebagai mutiara di lautan, dengan mengambil kesempatan yang berbaki beliau telah memberi beberapa pesanan yang menyentuh hati dan teguran yang berguna kepada bakal-bakal mahasiswa/wi di Bumi Syam.
Dan akhirnya keseluruhan perbentangan mengenai Kuliah-kuliah di Negara Timur Tengah diakhiri dengan slot yang akan dibentangkan oleh Ustaz Asyraf berkenaan dengan Kuliah-kuliah pengajian di Morocco, Maghribi, walaupun kehadiran bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Morocco agak sedikit, keadaan ini tidak menghalang beliau untuk memberi penerangan yang begitu menarik minat para peserta, beliau juga memberi penerangan yang lengkap dengan harapan agar para peserta dapat memahami dan menghayati kehidupan sebagai penuntut ilmu di Negara orang asing.
Dengan berakhirnya slot perbentangan Kuliah-kuliah pengajian di Morocco, para peserta bersiap sedia untuk mendirikan solat Asar juga disusuli dengan aktiviti riadah tepat pada pukul 5.30 petang, masing-masing para peserta dikalangan lelaki dan juga perempuan melakukan aktiviti riadah secara berasingan dan jelas diwajah mereka menandakan perasaan yang amat gembira setelah satu hari suntuk menerima pengisian-pengisian yang sungguh berharga daripada penceramah-penceramah yang amat berpengalaman.
Selesai beriadah, para peserta melakukan khidmat diri sebagai persediaan untuk mendirikan solat Maghrib disusuli dengan bacaan zikir yang ma’thur kepada Rasulullah SAW (ma’thurat), sementara menunggu ketibaan solat Isyak, sedikit peringatan telah diberikan kepada para peserta oleh Ustaz Umair Norkefli, beberapa minit sebelum berkumandangnya azan yang menandakan telah tiba waktu Isyak, para peserta telah dihidangkan dengan sajian makan malam yang amat memikat selera.
Pada jam 9 malam, para peserta mula memenuhi kerusi-kerusi dewan untuk memilih kedudukan yang sesuai dan selesa supaya dapat mendengar slot Ijazah Risalah yang akan disampaikan oleh Mejar Nazri, didalam slot Ijazah Risalah ini telah membongkar akan hakikat dan matlamat sebenar seseorang mahasiswa itu dalam menuntut ilmu, adakah ijazah yang telah diperolehi oleh mahasiswa tersebut dapat meluaskan lagi Risalah Islam ke seluruh dunia ataupun sekadar memenuhi kepentingannya sendiri. Slot tersebut telah memberi galakan kepada bakal mahasiswa/wi untuk beramal dalam Islam dengan objektif dan wasilah yang lebih jelas.
Slot yang telah dibentangkan oleh Mejar Nazri telah menutup tirai perbentangan dan perkongsian mengenai Kuliah-kuliah yang terdapat di Negara Arab Timur Tengah, minum malam telah disediakan untuk dinikmati sebelum mereka beransur pulang ke bilik masing-masing untuk mendapat kerehatan yang secukupnya.
Pada hari ketiga, program telah bermula dengan Qiamullail seawal 5 pagi dengan berimamkan dikalangan peserta, sesudah solat subuh dan bacaan ma’thurat mereka diberi sedikit pengisian yang telah disampaikan oleh Ustaz Rizal sebagai santapan rohani juga sebagai bekalan untuk mereka menghadapi hari-hari yang baru dalam hidup mereka.
Seawal jam 8 pagi,para peserta telah berkumpul didalam dewan untuk mendengar sesi Forum yang akan disampaikan oleh Ustaz Salman bin Abd Rahman bersama adik beliau Ustazah Nazihah binti Abd Rahman, perkongsian maklumat dan pengalaman dari ahli-ahli panel telah menaikkan semangat para peserta untuk menanyakan soalan yang bertalu-talu kepada ahli-ahli panel, masa yang tidak mengizinkan menjadi batu penghalang kepada para peserta untuk terus menanyakan soalan-soalan yang yang belum terungkai jawapannya. Harapan ahli-ahli panel kepada para peserta agar mereka dapat menghadapi cabaran dan dugaan di Negara Arab dengan lebih tenang dan bijaksana.
Sekitar jam 9.30 pagi, agenda diteruskan dengan sesi perancangan ke Bumi Anbiya’ dan Pakej penerbangan bersama ISMA. Di samping mengetahui segala persiapan untuk mengembara ke bumi Anbiya’, para peserta juga turut mendapat maklumat tentang pakej penerbangan MUMTAZ yang disediakan ISMA, amat murah dan berpatutan harganya. Hal ini serta merta menyebabkan beberapa peserta terus berminat dan berazam mahu mengambil pakej ini kerana pelbagai keistimewaan yang boleh didapati seperti diuruskan penerbangan seawal mungkin dan juga dapat mengikuti kelas intensif bahasa arab selama 2 bulan atau lebih sebelum memulakan pengajian sebenar di Universiti Al-Azhar.
Program SKBA 2010 ini diakhiri dengan ucapan dari jawatankuasa ISMA Pusat, Ustaz Muhammad Ismail. Beliau amat berbesar hati dan bersyukur kerana Program SKBA 2010 ini dapat dijalankan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Beliau berharap agar para peserta lebih bersiap sedia untuk melangkah ke Bumi Anbiya’ dan juga berharap agar program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Jam 12.30 petang, program berakhir dan para peserta dan AJK program sempat menikmati hidangan ringan serta kuih muih sambil beramah mesra sesama mereka.
0 komen:
Post a Comment