May 29, 2012





Anda menghadapi masalah dalam menentukan hala tuju pembelajaran anda? Tidak tahu ke mana ingin sambung belajar? Ingin mengetahui kelebihan belajar di Jordan? 

Ayuh, sertai program Road to Jordan yang akan berlangsung tidak lama lagi pada bulan Jun 2012 ini. Program ini merupakan satu program promosi Jordan yang pertama kali dianjurkan oleh  ISMA Jordan  dengan kerjasama SEKTAR, PEMBINA dan KRIM yang bakal diadakan di beberapa tempat di seluruh Malaysia. Program yang dianjurkan ini mempunyai fokus yang khusus untuk memperkenalkan Jordan sekali gus memberi pencerahan tentang kelebihan meneruskan pengajian di Jordan. Di samping itu, program ini turut menekankan nilai murni bagi mencambah semangat untuk terus cemerlang dalam pembelajaran bagi menjana kegemilangan ummah dengan forum-forum, sesi perkongsian dan sesi pembentangan yang akan dilaksanakan.  Program-program yang telah dirangka ini akan diisi dengan pelbagai aktiviti menarik bersesuaian mengikut peringkat umur golongan yang hadir.

Jangan lepaskan peluang!!
Daftar segera!!
Butiran program:
Tarikh                                   Zon Utara            : 16/6
                                             Zon Selatan         :akan dimaklumkan
                                             Zon Pantai Timur :akan dimaklumkan
                                             Zon Tengah         :10/6
Yuran: RM10
Nmbor dihubungi:                  Azzam:  0134653661
                                             Zabidi:   0194561534
                                             Abiidah: 0134785826
Tempat  :                               Zon Utara            Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh  
                                             Zon Selatan          :          
                                             Zon Pantai Timur  :
                                             Zon Tengah          : Masjid Negeri shah Alam

May 6, 2012

SKBA 2012 berjaya tarik minat bakal penuntut Mesir dan Jordan


Selangkah Ke Bumi Anbiya’ merupakan satu program berbentuk Pre-Departure yang menjadi program tahunan sekatariat Antarabangsa ISMA. Ia telah berjaya diadakan pada tahun ini bertempat di Kem Nur Bukit Unggul bertarikh 27-29 April 2012.

Program ini berobjektif untuk mengumpulkan seramai mungkin pelajar lepasan STAM dan SPM yang berhajat menyambung pengajian mereka ke Timur Tengah, khususnya Mesir dan Jordan. Selanjutnya SKBA memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai negara yang bakal mereka pergi khususnya tentang kursus-kursus yang di tawarkan, kos sara hidup, maklumat-maklumat umum mengenai Mesir dan Jordan dan banyak lagi.

Program ini telah berjaya menarik minat seramai 51 orang peserta yang hadir dari seluruh Negara. Sebahagian besar dari peserta merupakan bakal penuntut Universiti Al-Azhar, dan sebahagian lagi bakal menyambung pengajian ke Bumi Jordan. Secara keseluruhan, peserta amat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan oleh setiap penceramah dan perkongsian dari setiap fasilitator.

Penceramah khas jemputan untuk Program SKBA ini ialah Ustaz Ahmad Fikri yang menerangkan dengan lengkap prosedur untuk memohon ke Universiti Islam Madinah, seterusnya Dr Syamil Salmi yang menghuraikan mengenai Bumi Jordan, dan Ustaz Salman Al-Farisi yang bercerita tentang bumi Mesir. Pada keesokan harinya, para peserta tidak melepaskan peluang bertanya pelbagai soalan kepada wakil Yayasan Sofa yang dijemput khas member penerangan tentang Imtihan Qabul di mana pada tahun ini seluruh pelajar wajib berdaftar dengan Yayasan Sofa.

Jawatan kuasa pelaksana SKBA tahun 2012 yang diketuai oleh Ustaz Rizal bin Sabran telah mengatur satu program reunion atau alumni ringkas bersama para asatizah yang telah lama kembali ke Malaysia. Acara BBQ telah menghiasi malam alumni tersebut, selain beramah mesra sesame mereka yang jarang bertemu, peserta tidak melepaskan peluang bertanya menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman dari para alumni Al-Azhar ini. Ustaz Abdul Halim bin Abdullah telah membuat satu sesi perkongsian khas bersama para peserta SKBA setelah tamat sesi BBQ.

Dengan bertemakan Panduan Hukama’, bekalan bakal Ulama’, SKBA melabuhkan tirainya pada hari Ahad, 29 April 2012 dengan perasmian penutup oleh Ustaz Mohammad bin Ismail. Dalam ucapan penutupnya, Ustaz Mohammad selaku JKP ISMA pusat, mengingatkan pelajar tentang kewajaran pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang sebaiknya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan mempersiapkan diri dengan roh islami ketika berada di bumi Anbiya’ samada Mesir mahupun Jordan.

Semoga para peserta berjaya dan dimudahkan urusan untuk menyambung pelajaran di Bumi Anbiya’. Barisan Jawatankuasa Pelaksana SKBA 2012 mendoakan semua pelajar berjaya dalam bidang dan cita- cita masing seterusnya bakal kembali ke Malaysia dan menyumbang untuk Islam dan umat tercinta. Semoga cita-cita yang murni mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah s.w.t.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More