May 17, 2011

Qabul, kita dan mesir




Oh Azhar! hoi qabul^^


Sengaja saya menyepitkan 'kita' antara Qabul dan mesir. kerana jujur bagi pihak saya sendiri merasa tersepit antara kedua-dua perkara penting ini ketika entry ini sedang ditulis.(da hantar borang belum? ._.)

Mungkin sesekali bagi kita bergelak ketawa mengenai imtihan qabul yang akan menjelang pada bulan Julai tidak lama lagi, tapi ini sebenarnya adalah cerita mengenai impian yang disemat lama dalam diri lama dahulu. Jadi tiadalah bergelak ketawa jualah kitanya melainkan pening berzikir dibuatnya.

Sifir yang mudah buat mereka yang mahu melangkah ke mesir pada kali ini adalah lulus imtihan qabul pada markah 60%. Mungkin mudah bagi mereka yang sentiasa istiqamah mengulangkaji. Tapi bagi mereka yang 'cuti' setahun, bagaimana nak menghadapi?

Jujur bagi saya, saya tergolong dalam golong cuti setahun. Moga Allah merahmati saya dalam imtihan nanti hendaknya.

Boleh jadi sesetengah orang akan mengambil tindakan dengan melupakan hasrat ke mesir dan hanya menyambung di Malaysia, tanah airku. Berfaktorkan kepayahan demi kepayahan yang perlu dilalui seperti ibubapa, kewangan, keamanan, dan imtihan ini.

Bukan merendah-rendahkan prestij yang ada pada universiti dalam negara, tapi saya ingin mengajak kawan-kawan sekalian, memandang kembali matlamat sebenar kita ke mesir, bumi pijakan anbiya' dan ulama' ini. matlamat yang lebih jauh bukan sekadar mendapat sijil.

apa yang ada di mesir? kenapa mesir? betapa seronoknya mesir? tarbiyyahnya?

muhasabah kembali dan kenang-kenang kanlah ia.

Jadi saya berharap anda mesih setia untuk ke sana dan bersedialah dari sekarang. bersedialah untuk qabul, borang-borang yang perlu disediakan, mental dan juga fizikal. Banyakkanlah berdoa agar kita sama-sama dipermudahkan.

teruskan update bersama kami di lama ini. Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat terbaharu sedaya upaya kami dan berharap jika anda mempunyai maklumat tambahan, sila nyatakan di shoutbox di sebelah atau maklumkan di Facebook kami.

selawat dan salam ke atas junjungannya. Moga jumpa lagi!


May 4, 2011

Program SKBA 2011 berjaya!



VARIASI : MESIR, JORDAN, MADINAH


Seramai 40 orang pelajar yang bakal bergelar mahasiswa dan mahasiswi di Timur Tengah telah menghadiri satu program persediaan anjuran Sekretariat Antarabangsa ISMA (SEKTAR). Program yang bernama Selangkah ke Bumi Anbiya’ (SKBA) itu berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Mega Kristal, Kuala Selangor bermula 29 April sehingga 1 Mei 2011.

Menurut Pengarah SKBA 2011, Ustaz Ahmad Alauddin Kamal beliau rasa bertuah dan berbangga kerana acara tahunan ini sekali lagi berjaya mencapai objektifnya iaitu memberi pendedahan dan penerangan sebagai persiapan kepada para peserta menjejakkan kaki ke Bumi Anbiya’ tahun ini.

SKBA telah dirasmikan oleh En. Zainudin Ghafar, Yang Dipertua ISMA Klang. Dalam ucapannya, beliau berharap agar peluang ke Timur Tengah ini diambil sebaik mungkin kerana tidak ramai yang berpeluang menyambungkan pelajaran ke Bumi Anbiya’.

Sesuai dengan tema pada tahun ini, ‘memudik ilmu, menghilir amal’ pelbagai slot telah disusun supaya objektif yang telah digariskan berjaya dicapai.

Penerangan kuliah Syariah telah disampaikan oleh Ustaz Salman Abd Rahman, kuliah Usuluddin pula disampaikan oleh Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin, kuliah Bahasa Arab disampaikan oleh Ustaz Najib Sadli manakala kuliah Qiraat disampaikan oleh Ustazah Susilawati. Kesemua pembentang merupakan bekas pelajar Mesir.

SKBA diserikan lagi dengan penerangan negara-negara yang bakal menjadi destinasi para peserta. Penerangan negara Mesir telah disampaikan oleh Ustaz Zaizul Irsyadi Zaman, Jordan disampaikan oleh Ustaz Mus’ab Norkefli dan negara Arab Saudi pula disampaikan oleh Ustaz Ahmad Fikri Mohd. Paudzi.

Para peserta turut dihidangkan dengan Forum Mahasiswa yang membincangkan cabaran dan peranan mahasiswa Timur Tengah dalam arena ilmu dan dakwah di tanah air. Forum ini dibarisi oleh ahli-ahli panel berpengalaman antaranya ialah Ustaz Mohammad Rizal Sabran selaku moderator, Ustaz Mus’ab Norkefli, Ustazah Kauthar dan Ustaz Syazwan.

Kebanyakan peserta SKBA merupakan pelajar lepasan STAM Akademi Ikatan Muslimin, Ipoh Perak, Maktab Mahmud Alor Star dan Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) Kedah.

Para peserta amat berpuas hati dengan pengisian program kerana ia turut meliputi aspek rohani dan fizikal.

Pengarah SKBA juga telah berkesempatan mengumumkan bahawa ISMA sedang membuka tawaran kepada semua pelajar untuk menyertai ‘Pakej Mumtaz’ ke Timur Tengah.

Semasa majlis perasmian penutup, wakil Jawatankuasa ISMA Pusat, Ustaz Annuar Salleh di dalam ucapannya telah berkata, “Niat dan azam yang kuat sahaja yang akan memastikan kita berjaya di sana.” Beliau juga menegaskan bahawa hanya mereka yang bersungguh-sungguh tanpa jemu mampu memainkan peranan membimbing masyarakat ke jalan yang Allah redhai.

SKBA 2011 melabuhkan tirainya dengan sesi bergambar dan bersalam-salaman di antara peserta dan urusetia.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha tungkus-lumus dalam menjayakan program ini.


ISMA MESIR ISMA JORDAN ROAD TO JORDAN



Enhanced by Zemanta

May 3, 2011

Dermasiswa zakat selangor ke jordan




Bagi mereka yang memohon ke melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di jordan, anda boleh menyemak status anda di laman web zakat selangor [klik].

Sehubungan dengan itu, kami dari pihak Selangkah ke bumi anbiya' (SKBA) mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tajaan untuk ke jordan ini. Kami berharap dengan bantuan yang diberi dapat memudahkan pelajaran anda dalam bidang pilihan anda dan sekaligus membantu merealisasikan cita-cita murni anda.

Yang kurang bernasib baik, kami berharap anda tidak berputus asa dan teruskan perjuangan anda dalam bidang pengajian islam ini. Kami di sini sentiasa mendoakan dan menyokong penuh anda. Jangan berputus asa dalam mencari ilmu! ^__^

Terima Kasih.

SILA KLIK PADA LINK YANG DISEDIAKAN : [klik] [klik]


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More