Jutaan syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana Kem Intensif Lughah Arab dan Kitab(I’RAB) telah berlansung dengan cemerlangnya dari 14 Mac hingga 17 Mac 2011. Kem selama 4 hari ini telah diadakan penuh tanda sebarang masalah di Sekolah Dato’ Abdul Razak(SDAR), Seremban. Kem kalini berjaya mencapai peserta seramai 29 orang dengan 19 peserta lelaki dan 10 perempuan dari pelbagai negeri dan latar belakang. Peserta kalini bertuah kerana mendapat percuma baju kem seorang satu sebagai tanda kenang-kenangan daripada AJK kem I’RAB
Walaupun kelas bermula pada hari isnin, peserta dikehendaki tiba pada hari ahad untuk urusan pendaftaran dan sesi kenal-kenal. Sekitar isya’ semua peserta telah tiba dan dikehendaki bersedia untuk majlis perasmian kem I’RAB . Majlis dimulai dengan alunan bacaan Alquran daripada Raja Zulkamal dengan harapan kem selama 4 hari ini mendapat berkat dan rahmat daripadaNYA. Ustaz Alaudin sebagai pengerusi majlis yang juga wakil SEKTAR mencapaikan ucapan alu-aluan serta memperkenalkan serba sedikit mengenai ISMA dan Sekretariat Luar Negara ISMA(SEKTAR) selaku penganjur kem kali ini.
Baju!
Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian daripada Ustaz Azizee Hasan. Ucapan daripada Ustaz Azizee seolah membakar semangat peserta untuk terus berjuang hingga ke saat akhir.Gimik kompang menyerikan masjlis perasmian. Seterusnya Ustaz Alaudin menyerahkan kem sepenuhnya kepada Ismail Juffri selaku penghulu kem selama 4 hari ini. Manakala Zahra’ Zainur Rasyid diangkat menjadi penghuluwati. Sedikit ucapan dan peringatan disiplin kepada para peserta daripada penghulu kem.
Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk sesi taaruf. Seperti biasa, game diadakan dan peserta yang kalah didenda dan dikehendaki melukis gambar salah seorang peserta. Alhamdullilah, tembok berjaya dipecahkan dengan game menarik ini. Peserta pulang ke bilik masing-masing bagi mendapatkan rehat secukupnya untuk berjuang dalam kelas untuk hari esok. Lelaki ke dorm manakala perempuan ke apartment yang telah disediakan
Peserte perempuan
Kelas dimulai seawal jam 8.00 pagi dan peserta diterangkan dengan kaedah Hud-hud yang diguna pakai oleh ustaz Rusdi Alias. Harapan dan cabaran diterangkan oleh beliau sepanjang program berlansung. Rehat sebentar pada jam 10.00 pagi dan diteruskan hingga jam 12.30 untuk rehat dan solat. Jarang berlaku dalam mana-mana kem tiada kelas tengahari diadakan malah digantikan dengan kelas petang. Atas inisiatif ustaz untuk memberi rehat secukupnya iaitu dari zohor hingga jam 5.00 petang kepada para peserta, kelas akan bermula semula pada jam 5.00 petang hingga 6.30 petang. Selepas solat maghrib, khidmat diri dan makan, peserta akan melalui lagi kelas selama dua jam tiga puluh minit lagi sebelum lengkap sehari sesi pembelajaran.
Jadual yang sama akan dilalui oleh para pelajar pada hari ketiga kem.
Bagi menyeimbangkan keperluan fizikal di samping mengekalkan kecerdasan dalam kelas, jadual pada hari kedua ditukar dengan menukar waktu kelas petang kepada tengahari iaitu pada 2.30 petang hingga 4.30 petang bagi membolehkan pelajar bersukan dan beriadhah pada waktu petang. Kelas malam diadakan seperti biasa iaitu seperti hari pertama dan ketiga.
tekun
Pendekatan berkesan dengan menggunakan diagram dan buku yang disusun khas untuk para peserta oleh penceramah. 75% praktikal dan ditambah dengan pendekatan dua hala seperti soal jawab hampir setiap masa dalam kelas. Malah penceramah bijak menyusun isi penerangan dan memudahkan peserta yang lebih lemah untuk tidak ketinggalan dalam sesi pembelajaran.
Hasilnya sebuah buku telah dapat dii’rabkan daripada awal hingga akhir. Ini adalah sebuah petanda kualiti pembelajaran cara Ustaz Rushdi dan pembuktian usaha keras para peserta.
Jamuan malam
Kemuncak aktiviti kem kalini adalah sebuah jamuan diadakan pada malam terakhir kem. Menu utama malam itu adalah sate yang dinikmati sama peserta lelaki dan perempuan bersama ustaz rusydi dan ustaz azizee. Seterusnya diadakan futsal dan dikemuncakkan dengan qiam jamaie.
Pada hari keempat yang juga terakhir, kelas tamat pada jam 12.30 tengahari untuk memberi peluang kepada majlis penutup. Amanat terakhir daripada ustaz Rusdi agar para peserta menggiatkan latihan agar tidak terjejas prestasi untuk berhadapan I’RAB kedua pada bulan Jun akan datang. Sesi bergambar bersama ustaz rusdi di akhir kelas untuk dimemorikan bersama kelak.
Usai solat dan rehat, Sebuah sesi perkongsian bersama Syed Ahmad Israa’ bin Syed Ibrahim ; seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk memberikan sedikit sebanyak perkongsian dan pengalaman mengenai kepentingan bahasa arab dalam kehidupan seorang pelajar agama. Persediaan sebelum dan selepas berlepas ke timur tengah dapat dijadikan teladan buat para peserta.
Sebuah majlis penyampaian hadiah diadakan untuk meraikan peserta yang menunjukkan prestasi cemerlang selama 4 hari ini. Saudara Amirul Azmi terpilih sebagai peserta terbaik dalam kalangan lelaki manakala saudari Nadhirah Anis bagi peserta perempuan.
Sebagai mengakhiri majlis, Umar Farouq selaku pengarah program Kem Intensif Lughah Arab Dan Kitab(I’RAB) menyampaikan ucapan penutup kem I’RAB. Harapannya agar para peserta terus membaiki diri dan berharap dapat berjumpa lagi dalam I’RAB 2 nanti.
Sehingga berjumpa lagi. MEMBINA GENERASI MUJTAHID!
Yang berusaha, (19 MAC 2011)
…………………………………….
(Ahmad Nawfal Bin Mohd Fathel)
Setiausaha Kem Intensif Lughah Arab Dan KItab(I’RAB)