April 21, 2010
Keputusan Dermasiswa Zakat Selangor
April 19, 2010
Maklumat Lanjut Pengangkutan?
April 13, 2010
Laporan Kelas Pra Azhar Zon Utara 2010
Kelas ini bermula dengan pendaftaran seawal jam 8 pagi dan dirasmikan oleh YDP ISMA Perak, Ustaz Mohd Razmi B. Che Musa. Beliau telah menyatakan harapannya bagi melihat anak bangsa Melayu ini agar berusaha mendalami ilmu agama bagi mencurahkan segala yang dipelajari pada generasi akan datang.
Seterusnya, program taaruf dijalankan diantara peserta. Program taaruf bagi peserta lelaki telah dikendalikan oleh Ustaz Salman Abdul Rahman dan bagi peserta perempuan oleh Ustazah Balqis. Program taaruf ini diwajibkan untuk berbahasa arab agar peserta dapat merasai suasana di Mesir dan bagaimana cara bergaul dengan penduduk di tanah Arab. Peserta seterusnya dihidangkan dengan minum pagi di kantin Masjid.
class="MsoNormal"> Pada jam 10 pagi, program diteruskan lagi dengan pembentangan daripada Ustaz Salman Abdul Rahman tentang Tarikh Tasyri’ Al-Islami bagi Kuliah Syariah Islamiah. Beliau telah menerangkan tentang sejarah awal tentang perkembangan syariat dan bagaimana kedudukan Al-Quran dan Sunnah sebagai sumber asas dalam syariat, seterusnya menerangkan tentang kemampuan syariat dalam menongkah arus global.
Program diteruskan lagi dengan pembentagan kuliah Usuluddin oleh Ustaz Muhammad Ali Suparman. Beliau memulakan pembentangan dengan subjek ulum Quran dan beliau meminta setiap seorang daripada peserta untuk membaca kitab yang telah diberikan. Beliau seterusya menerangkan tentang subjek-subjek yang akan dipelajari oleh pelajar tahun satu di universiti Al-Azhar. Akhir sekali beliau menutup pembentangan dengan memberi semangat kepada peserta dengan menceritakan kisah-kisahnya semasa di Mesir diselitkan dengan paparan gambar beliau semasa menuntut di Universiti Al-Azhar.
Selepas pembentangan ke dua, peserta diberikan rehat untuk makan tengah hari dan solat zohor. Program diteruskan pada jam 2 petang. Pembentangan seterusnya disampaikan oleh Ustaz Najib B. Sadli, Pensyarah Akademi Ikatan Muslimin berkaitan dengan kuliah Lughah. Peserta diberikan penjelasan tentang ilmu Ma’ajim. Ilmu yang amat penting dalam subjek-subjek Lughah. Ramai yang membuka mata selepas mendengar penjelasan daripada Ustaz Najib yang menerangkan bahawasanya ilmu ini amat penting dalam membaca dan memahami segala kitab Arab.
ust. Najib bersemangat memberi penerangan
Slot seterusnya adalah slot terakhir di dalam KPA utara ini iaitu perkongsian pengalaman bersama alumni Al-Azhar. Di dalam slot ini di bahagikan kepada dua penceramah, pertama Ustazah Balqis dan kedua Ustaz Shaharuzzaman. Ustazah Balqis telah berkongsi pengalamannya semasa beliau menuntut di sana. Beliau menceritakan tentang keadaan serta suasana di Azhar, bagaimana cara mencari teman belajar, suasana ketika mengambil peperiksaan Azhar, keadaan menaiki bas di Mesir dan macam-macam lagi. Pendek kata, pengalamannya menempuhi suka duka di bumi anbiya’.
Seterusnya perkongsian daripada Ustaz Shaharuzzaman, tokoh pendidik dan murabbi di bumi Perak. Semestinya para peserta tidak mahu melepaskan peluang mengutip mutiara daripada perkongsiaannya. Beliau menceritakan tentang keadaan di bumi Mesir dan bagaimana caranya kita mengutip segala mutiara ilmu dan dakwah ketika berada di sana. Sebelum beliau menutup perkongsiaannya, beliau menaruh harapan tinggi agar pelajar-pelajar yang pulang dari bumi anbiya’ meneruskan risalah dakwah yang telah diwariskan turun temurun oleh pendidik terulung Nabi Muhammad S.AW agar bumi ini kembali sinar dengan cahaya Islam.
Akhir sekali, program ini disudahi dengan sesi bergambar dan majlis bersurai pada pukul 5.30 petang setelah selesai solat dan minum petang.
(tekan di sini untuk gambar lain)
April 5, 2010
Pamplete SKBA 2010
Kemuncak PraAzhar - SKBA Zon Selatan
April 4, 2010
Kelas Pra Azhar Siri 3
4 April 2010, Shah Alam – Kelas Persediaan Pra Azhar siri ke 3 anjuran Biro Sekretariat Antrabangsa Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA) sekali lagi telah Berjaya diadakan dengan jayanya. Kelas ini telah diadakan di kelas serbaguna Masjid Ubudiyyah Seksyen 19, Shah Alam dan telah dihadiri para peserta yang datang dari sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi. Para peserta mendaftarkan diri di meja pendaftaran dan diteruskan dengan sarapan pagi yang telah disediakan penganjur program. Tepat jam 9.30 pagi, kelas dimulakan dengan sesi pembukaan oleh pengerusi majlis, Ustaz Alauddin b. Kamal dan seterusnya merasmikan program Kelas Pra Azhar siri 3. Beliau mewakili pihak penganjur program,ISMA meluahkan rasa berbesar hati dengan bilangan para peserta yang begitu ramai sehingga memenuhi 2 buah kelas yang disewa. Ini juga menunjukkan bahawa semakin ramai para belia yang mencintai bidang agama, dan mempunyai cita-cita yang besar didalam meninggikan agama Islam.
Para peserta dibahagikan mengikut kumpulan yang ditetapkan sebelum sesi Taaruf bersama ahli kumpulan atau Ice-breaking. Slot pertama, slot Kuliah Syariah Islamiyah telah disampaikan oleh Ustaz Sulaiman b. Mat Nor. Ustaz Sulaiman menceritakan serba sedikit latarbelakang dan tempat beliau belajar ketika di Universiti Al-Azhar dahulu, kemudian menyampaikan sedikit cebisan pelajaran di dalam mata pelajaran bidang Syariah Islamiyah iaitu Tafsir Ayat Ahkam.
Selepas berhenti rehat selama 10 minit, program diteruskan kembali dengan pembentangan slot Usuluddin yang disampaikan Ustazah Nazihah bt. Abd. Rahman, yang baru sahaja beberapa bulan balik dari bumi Mesir. Beliau menyampaikan salah satu tajuk Kuliah Usuluddin, iaitu Ulum Qur’an. Menariknya, sambil membentangkan tajuk tersebut, beliau menyelitkan beberapa keajaiban dan mukjizat Al-Quran yang dapat kita selami ketika mempelajari tajuk tersebut.
Sebelum masuknya waktu solat Zohor, peserta disajikan dengan makanan tengahhari iaitu Nasi Ayam Shah Alam. Kemudian, program disambung kembali oleh Ustaz Jauhar b. Azmi dengan tajuk Kepentingan Penguasaan Bahasa Arab. Beliau banyak menyentuh mengenai betapa pentingnya para peserta yang juga bakal mahasiswa-mahasiswi Al-Azhar untuk mendalami dan menguasai dahulu bahasa arab sebelum menguasai apa-apa bidang kuliah yang akan diambil nanti.
Para peserta juga disajikan dengan sedikit perkongsian pengalaman yang sangat berharga, disampaikan oleh Ustaz Rizal b. Sabran dan Ustazah Nazihah Abd. Rahman, yang sangat membantu dari segi persediaan fizikal dan mental para peserta. Amatlah penting buat para peserta membuat persiapan-persiapan tersebut sebelum menjejakkan kaki ke bumi yang penuh cabaran dan dugaan di sebalik timbunan ilmu-ilmu yang ia miliki.
Sebelum program berakhir, Ustaz Alauddin selaku biro Sekretariat Antarabangsa ISMA memberikan sedikit taklimat penting mengenai urusan-urusan ke mesir dan dokumen-dokumen yang diperlukan, dan selepas itu beliau juga mempromosikan program Selangkah Ke Bumi Anbiya’(SKBA) iaitu program kemuncak kepada Kelas-kelas PraAzhar.
Selepas sesi fotografi dan solat Asar, para peserta dijamu dengan makan dan minu petang sebelum program ditutup dengan para peserta bersalaman dan bersurai.